Umrah sunat selepas haji
29-08-18 Rabu
Hari ke 42 kembara haji.
Sudah terlalu hampir masa untuk kembali ke
tanah air.
Hari ini hari umrah terakhir. Tak ramai yang ke
Tanaim hari ini. Setelah kembali dari Tanaim, kami ke hotel dulu untuk mengalas
perut.
930am ke masjid untuk tawaf dan saei. Oleh
kerana batuk masih belum reda, kami memutuskan untuk menggunakan skuter. Sejak
musim haji ini, kami belum lagi menaiki skuter ini. Mungkin disebabkan bayaran
yang agak tinggi, hanya Jemaah Malaysia yang ramai mencuba skuter ini. Aku
memandu sementara suamiku membaca doa-doa untuk setiap pusingan. Bila tawaf
dengan skuter, kita harus menjaga bahu kiri supaya sentiasa bersudut tepat
dengan Kaabah.
Sementara menantikan Zohor, aku terus berdoa di
penjuru multazam, dari level skuter itu.
Terimalah ibadah kami, Ya Allah!
Ampunilah dosa kami
Kabulkan hajat kami
Lembutkan hati kami
Supaya sentiasa menjaga iman
Supaya sentiasa mencari keredhoanMu
Supaya sentiasa ikhlas dalam amalan kami
Kuatkan semangat kami
Menempoh kehidupan ini
Lapangkan dada kami
Dalam menghadapi apa jua ujianMu
Pimpinlah kami
Lindungilah kami
Rezekikan kami kembali ke sini.
Permudahkan perjalanan kami menujuMu.

Comments
Post a Comment