Posts

Showing posts from September, 2018

Kembali ke tanah air

Image
03-09-18 mon Hari ke 47, hari terakhir dalam perjalanan hajiku. 325am Berlepas sudah meninggalkan Jeddah. Penerbangan selama 9 jam terasa sekejap. Mungkin kerana sudah tidak sabar bertemu anak-anak terutama Balqis. 545pm Mendarat di KLIA. Proses yang agak lama mengutip bagasi. 715pm Baru keluar selepas solat Maghrib dulu. Tergamam melihatkan reaksi Balqis apabila melihat Mak dan Abahnya di depan mata. Dari jauh, dia berlari ke arah kami, berhenti berdepan, tapi tak pula dia memeluk Mak atau Abah. Dia seolah-olah mahu bertanya…ke mana Mak dan Abah pergi selama ni? Mungkin itulah caranya menyatakan rindunya. Tiba di KLIA Syukur sudah kembali dengan selamat. Syukur ada anak-anak dan Niesa yang menjaga Balqis semasa kami tiada. Doaku agar hajiku diterima Allah, dalam serba serbi keterbatasanku. Selayaknya aku manusia biasa.

Selamat tinggal Mekah

Image
02-09-18 Ahad Hari ke 46 dan terakhir di bumi penuh barakah. Setelah berehat semalam, pagi ini terasa segar walaupun masih batuk-batuk. Sementara menunggu Zohor, kami teruskan dengan tawaf wadak. Doa di setiap pusingan tawaf – 1) zikir dan memuji Allah, 2) selawat, 3) untuk ibubapa, 4) untuk anak-anak, 5) untuk keluarga dan saudara mara, 6) untuk umat Islam dan 7) untuk diri sendiri. Selesai tawaf wadak Setelah selesai tawaf selamat tinggal, kami terus bergegas pulang ke hotel. 430pm sudah menunggu di lobi, menanti bas sampai. Sheikh maktab memeriksa passport setiap seorang, hingga selesai. Pesanan dari Ustaz Rayhar, teruskan amalan-amalan setelah bergelar haji dan hajah. Kerana akhlak kita diperhatikan. Muhasabah diri. Doa supaya dijemput lagi ke sini, doakan juga sanak saudara supaya dijemput ke sini. Penat beratur 12am kami di lapangan terbang Jeddah, beratur untuk pemeriksaan. Setiap Jemaah dihadiahkan dengan sebuah alQuran dari pihak kerajaan ...

Hari-hari terakhir di Mekah

Image
01-09-18 Sabtu Hari ke 45 kembara haji. Esok sudah nak bertolak balik ke tanah air. Entah bila lag iakan ke mari. Terima kasih, Allah! Rezekikan aku lagi ke sini. Selepas Subuh, balik berkemas beg pakaian. Ustaz kata tunggu di bilik, nanti dia panggil untuk city check-in. Tunggu punya tunggu, 1115am barulah kami dipanggil untuk menghantar beg ke Mira Ajyad. Selepas Subuh di Masjidil Haram Mengumpul bagasi (city check-in) Selepas Zohor, kami tawaf sunat, mencuba sebelum tawaf wadak sebenar esok. Merasakan kepanasan selepas Zohor, menguji ketahanan badan. Selepas Asar, kami singgah makan di Abu Turki. Nasi arab di restoran Abu Turki Hidung tersumbat dan selesema. Kepalaku juga teramat pening, kerana resdung. Semasa makan malam, kami memgucapkan selamat tinggal kepada para Jemaah yang makan bersama.