Posts

Showing posts from June, 2018

Menukar tarikh penerbangan

25 Jun 2018 Tarikh asal penerbangan yang diberi adalah 9 Ogos hingga 19 Sept. Penerbangan akhirlah. Tapi aku masih berharap dapat tukarkan ke tarikh yang lebih awal, sebelum Hazwan pulang ke UK. Tarikh dia berangkat ke UK adalah 9 Sept. Jadi, aku cuba minta Rayhar tanyakan samada sesiapa dalam jemaahnya yg mahu tukar tarikh suka-sama-suka. Pegawai bertugas kata, setakat ini semua Jemaah telah setuju dengan Tarikh yang diberikan kepada mereka tapi dia akan tanyakan lagi. Selang 15 minit kemudian, pegawai Rayhar memaklumkan boleh tukar ke penerbangan awal….19 Jul hingga 3 Sept. Satu lagi kesyukuran yang tak dapat diucapkan. Subhanallah! Allah maha mengetahui apa yang terbuku dihatiku. Lalu Allah permudahkan….alhamdulillah.

Doaku Ramadhan ini

3 Jun 2018 (17 Ramadhan) Malam Nuzul Quran....masa untuk berdoa. 1. anak istimewaku Allah beri ujian punya anak istimewa Dan Engkau masih menunaikan hajatku untuk menunaikan haji Sejak awal Ramadhan, anak istimewaku sering menjadi masalah padaku Serba serbi perlukan bantuan orang lain Urus dirinya sendiri pun tidak mampu Apa lagi makan minum Tidak tahu meminta. Tidak tahu komplen. Hanya tunggu orang buatkan untuk dia. Mungkin kerana bulan puasa ini, makan minum dan tidurnya sangat terganggu kerana mengikut masa kami berpuasa. Mungkin kerana dia terlalu "boring" tanpa aktiviti. Sekarang dia tidak ke PDK lagi. Mungkin kerana aku belum betul-betul menerima kehadirannya dalam hidupku. Namun begitu, puasa itu tidak wajib untuk dia. Ujiannya ke atas kita. Kitalah yang diuji.... Ya, sekarang aku perlu mencari seseorang untuk menjaganya sepeninggalan kami ke Mekah. Penjaga yang memegang amanah. Penjaga yang boleh bersabar dengan kelembapannya. Penjaga yang ...

Bermulanya sebuah perjalanan

Image
21 Mei 2018 415pm (5 Ramadhan) Aku terima panggilan telefon memaklumkan kami suami isteri mendapat kuota muassasah untuk menunaikan haji. Gembira dan syukur yang tidak terhingga. Merasakan doa kami selama ini didengari Allah. Maka bermulalah persediaan untuk perjalanan spiritual terpenting dalam hidupku... 22 Mei 2018 1030am Aku ke Tabung Haji KJ untuk ambil Kad Kesihatan. Tarikh berangkat masih belum ditetapkan. Pakej mana, jika hendak bertukar ke pakej, bila dah lulus ujian kesihatan, baru difikirkan. 23 Mei 2018 2pm Aku bergegas ke klinik untuk melakukan ujian kesihatan. Alhamdulillah! Lulus. 24 Mei 2018 11am Ke Rayhar untuk bertanyakan masih ada kekosongan lagi tak. Jawapan mereka, harapan tipis tetapi akan mencuba. 1 Jun 2018 (15 Ramadhan) Melangsaikan bayaran untuk pakej bersama Rayhar. Sambar aje mana-mana yang masih kosong, asalkan dapat tukar ke pakej. Berserta dengan itu, segala bagasi...