Posts

Showing posts from July, 2018

Melawat sekitar Mekah

Image
31 Julai 2018 Isnin Hari ke 13 kembara haji. 6am selepas sarapan, kami dibawa melawat sekitar Mekah. Jabal Tsur. Gua Hira’ Jabal Rahmah. Mina dari jauh. Di depan Masjidil Haram Jabal Rahmah Jabal Tsur Miqat di Jii’ranah Singgah di Jii’ranah tempat bermiqat. Sekembali ke Mekah, kami cuba selesaikan tawaf sebelum Asar. Tapi hari ni perut berangin, tak tahu puncanya. Mungkin spageti pagi tadi. Beberapa kali batal wuduk semasa tawaf dan perlu mencari bilik wuduk. Menjelang Asar, sudah selesai tawaf. Selepas Asar kami selesaikan saei pula. Oleh kerana keletihan, kami kembali ke hotel sejam sebelum Maghrib. Rehat dan tidur cepat.

Sambutan 30 tahun perkahwinan

Image
30 Julai 2018 Ahad Ulangtahun perkahwinan ke 30. Di bumi suci, kota Mekah. Kami memesan kek berharga SR220. Selepas Isyak, kami bergegas balik untuk makan malam di hotel. Kek sudah tersedia, cekap betul pemuda Makkani ini menunaikan hajat kami. Kek sudah menjadi percuma kerana ada sahabat yang menaja. Terima kasih! Sangat sedap kek coklat Mekah ni. Dijamu utk semua yg hadir. 30 tahun merupakan satu pencapaian dalam hidupku. Liku-liku kehidupan yang dilalui mengajar kami erti kesabaran, ketabahan dan kesyukuran.

Mekah, kami datang

Image
28 Julai 2018 Sabtu Subuh terakhir di Madinah Hari ke 10 kembara haji. Sedih nak meninggalkan Madinah…namun tidak sabar untuk ke Mekah. 7am kami sudah berada di dalam bas utk bertolak ke Mekah. 8am bertolak. Bermiqat di Bir Ali. Kata Ustaz, singgah di amsjid, niat iktikaf. Solat sunat masjid, solat sunat dhuha kemudian solat sunat ihram. Dapat pahala iktikaf. 12pm singgah di RnR, makan dan solat zohor jamak dgn asar. 315pm tiba di Mekah. Di Retaj AsSafwah. Transit u tuk satu tempoh sebelum berpindah ke Hotel Barakah. Hotel yg comel tetapi disewa sepenuhnya oleh Rayhar. Hotel 3 bintang, 300m dari masjidil haram. Banyak anak lipas dan pendingin hawa tak berapa kuat. Catering masakan lauk pauk melayu, makan nasi putih setelah hampir 10 hari makan nasi arab dan biriyani. Hari ni menu ayam kicap, sup ayam, ikan masin, sambal belacan. Waduh! Seleranya makan. Flask di bilik. Air panas ambil di dewan makan. Lobi di hotel Retaj assafwah ...

Gerhana bulan di Madinah

Image
27 Julai 2018 Jumaat 230am Tahajud, hajat dam tasbih anjuran Rayhar. Kami berkumpul di dewan makan dan solat berjemaah. Mendayu-dayu doa oleh Ust Dzul sangat meruntun rasa. 7am taklimat perjalanan umrah ke Mekah. 1120am solat Jumaat di masjid. Ramai jemaah perempuan ke sana. Khutbah Jumaat dalam Bahasa Arab. 10pm selepas Isyak, ziarah widak Bersama rombongan Rayhar. Pada malam itu juga telah berlaku gerhana bulan. Di masjid diadakan program khas sempena gerhana. Sepanjang laluan ziarah widak, terdapat beberapa kelompok Jemaah yang menunaikan solat sunat gerhana. Sayu mendengar alunan surah Ar-Rahman dalam solat sunat oleh Imam masjid Nabawi itu. Langit tatkala gerhana (bulan separuh, baru munculkan dirinya) Isyak 

Parlimen pertama

Image
25 Julai 2018 Melawat Taman Sakifah Bani Saadah. Di situlah tempat Nabi berehat-rehat. Di situ jugalah tempat berkumpul para sahabat dan membincangkan pelbagai masalah negara. Mengikut cerita ustaz, selepas 7 hari Nabi gering, baginda dipapah ke Sakifah. Merasakan masa untuk baginda semakin singkat, baginda betanyakan sesiapa yang pernaj dikasari atau disakiti oleh baginda. Sila tampil. Maka dari sinilah bermula kisah Ukashah tampil bersemuka dengan Nabi, yang niat asalnya mahu memeluk tubuh Nabi yang wangi itu. Di penghujung usia Nabi, timbul kisah Abdullah bin Saba’ (seorang Yemen yang telah membuat cerita palsu tentang Saidina Abu Bakr, di mana Saidina Abu Bakr mahu merebut kuasa pemerintahan. Kisah sebenarnya… Semasa Nabi gering, muhajirin dan ansarin sudah mula bergaduh sesama mereka. Nabi langsung menyuruh Saidina Abu Bakr mengambil alih tempat baginda, bagi menyelamatkan iman mereka. Saidina Abu Bakr mulanya teragak-agak untuk meninggalkan Nabi. “Aku te...

Uhud medan jihad

Image
24 Julai 2018 Hari ini lawatan ke masjid Quba, kemudiannya ke Jabal Uhud. Peristiwa di Uhud. Kerana diumpan dengan harta tawanan perang, ramai yang tidak mengikut arahan Nabi. Saidina Hamzah gugur syahid bersama 70 lagi tentera Islam. Maka dikebumikan di sini. Besarnya pengorbanan para sahabat demi menegakkan Islam. 1015am  kembali ke hotel dan perut sudah berbunyi. Suamiku membeli shawarma lagi sebagai pengalas perut. Perutku pun sudah kurang berangin. Aku pastikan aku ambil nasi putih lebih banyak dari nasi briyani. Lepas Maghrib, kami bertemu dgn Ika dan suaminya. Makan soto di Rumah Makan Indonesia. Ika (dua pupu suamiku) dan suaminya (orang Jordan) bertugas di sebuah hospital di Madinah. Ika sebagai jururawat dan suaminya sebagai medical assistant (MA). Kebanyakan masa mereka bertutur dalam Bahasa Inggeris. Dari suami Ika, baru kami tahu yang Saudi mengharamkan WhatsApp video. Patutlah sudah beberapa kali kami mencuba, tidak Berjaya. Hanya iPhone FaceTi...

Melawat sekitar Madinah

Image
22 Julai 2018 Ahad 8am Rombongan Rayhar melawat Masjid Quba dan muziumnya. 13 buah bas diperlukan untuk membawa Jemaah dari dua penerbangan. Kemudian ke pasar tamar. Masjid Qiblatain. 10am sudah pulang ke hotel. Terasa lapar pulak, suamiku lalu membeli shawarma di kedai depan hotel. Tekak pula sudah terasa perit. Panas berjalan dalam ziarah Madinah. 5pm Kami ke klinik TH di Hotel Al-Haram untuk mengambil ubat tumit suamiku yang sudah mula pecah. Ramai jemaah TH ditempatkan di sini. Di lobi hotel ini terdapat beberapa kedai menjual tamar dan jubah. Pondok POSLaju pun ada di sini. Ruang solat wanita 23 Julai 2018 Kota ketenangan ini Sentiasa mencuit hati Alhamdulillah! Aku tidak pernah jemu dengan Madinah Terus segar dalam ingatan ********** Aku bergegas untuk ke Raudhah pada sessi pagi, 10am, Waktu itu jemaah wanita dibenarkan masuk ke Raudhah mengikut kumpulan Asia Tenggara. Kebanyakannya M...

Hari-hari di Madinah

Image
Tenang dan damai Hari-hari di Madinah diisikan dengan amalan-amalan biasa dan juga yang baru dipelajari. Terasa lebih fokus untuk beribadah dalam suasana yang tenang. Cumanya, sejak sampai ke Madinah, perut agak berangin sebab perut terbiar kosong agak lama semasa dalam penerbangan. Kemudian setiap waktu, dijamu nasi briyani dan nasi arab…tak ada nasi putih! Lauk pauknya pula sarat dengan rempah ratus yang menggolak isi perut. Susahnya nak simpan wuduk lama-lama. Di waktu Dhuha, boleh saja ke masjid. Niat iktikaf. Solat tahyatul masjid. Solat dhuha. Baca quran. Banyakkan selawat. Baca Al Mathurat. Doa apa saja yang dihajati. Hanya duduk memerhatikan keindahan senibina masjid. Selain itu, aku cuba membiasakan diri, bersedia awal sejam sebelum masuk waktu solat. Berazam untuk solat Jemaah di setiap waktu. Banyakkan istighfar. Panjatkan doa mohon diberi syafaat Nabi. Aku juga dapat merakam seorang pencuci sedang bertugas menyembur minyak atar...