Selamat tinggal Mekah
02-09-18 Ahad
Hari ke 46 dan terakhir di bumi penuh barakah.
Setelah berehat semalam, pagi ini terasa segar
walaupun masih batuk-batuk. Sementara menunggu Zohor, kami teruskan dengan
tawaf wadak. Doa di setiap pusingan tawaf – 1) zikir dan memuji Allah, 2) selawat,
3) untuk ibubapa, 4) untuk anak-anak, 5) untuk keluarga dan saudara mara, 6) untuk
umat Islam dan 7) untuk diri sendiri.
Selesai
tawaf wadak
Setelah selesai tawaf selamat tinggal, kami terus bergegas
pulang ke hotel.
430pm sudah menunggu di lobi, menanti bas sampai. Sheikh
maktab memeriksa passport setiap seorang, hingga selesai. Pesanan dari Ustaz
Rayhar, teruskan amalan-amalan setelah bergelar haji dan hajah. Kerana akhlak
kita diperhatikan. Muhasabah diri. Doa supaya dijemput lagi ke sini, doakan
juga sanak saudara supaya dijemput ke sini.
Penat
beratur
12am kami di lapangan terbang Jeddah, beratur untuk
pemeriksaan. Setiap Jemaah dihadiahkan dengan sebuah alQuran dari pihak
kerajaan Saudi. Alhamdulillah.


Comments
Post a Comment