Kembali ke tanah air
03-09-18 mon Hari ke 47, hari terakhir dalam perjalanan hajiku. 325am Berlepas sudah meninggalkan Jeddah. Penerbangan selama 9 jam terasa sekejap. Mungkin kerana sudah tidak sabar bertemu anak-anak terutama Balqis. 545pm Mendarat di KLIA. Proses yang agak lama mengutip bagasi. 715pm Baru keluar selepas solat Maghrib dulu. Tergamam melihatkan reaksi Balqis apabila melihat Mak dan Abahnya di depan mata. Dari jauh, dia berlari ke arah kami, berhenti berdepan, tapi tak pula dia memeluk Mak atau Abah. Dia seolah-olah mahu bertanya…ke mana Mak dan Abah pergi selama ni? Mungkin itulah caranya menyatakan rindunya. Tiba di KLIA Syukur sudah kembali dengan selamat. Syukur ada anak-anak dan Niesa yang menjaga Balqis semasa kami tiada. Doaku agar hajiku diterima Allah, dalam serba serbi keterbatasanku. Selayaknya aku manusia biasa.