Posts

Showing posts from August, 2018

Hari kemerdekaan

Image
31-08-18 Jumaat Taklimat perjalanan balik. Pada sebelah pagi, kami menghantar sekotak barangan melalui CityLink. Tujuannya supaya bagasi tidak terlebih dari berat yang ditetapkan. Jumaat terakhir, antara hari-hari terakhir untuk merakam pemandangan sekitar kota suci Mekah. Dari dalam bas, masuk ke kota suci Mekah Dari atas Abraj Tower Depan King Abdul Aziz gate King Abdullah extension dibuka pada musim haji

Mencari buah tangan

Image
30-08-18 Khamis Hari ke 43 kembara haji. Kami mencari lagi buah tangan yang sesuai untuk dibawa pulang. Singgah makan double cheese burger. Selepas Zohor, kami mencari kedai buku di Abraj Tower. Sebanyak-banyak kedai, hanya ada satu kedai buku di situ. Namun buku yang dicari sudah habis. Kami teruskan mencari buah tangan untuk Niesa dan keluarganya. Lepas Isya ada majlis tahlil dan bacaan yasin. Jamuan yang dihidang juga sangat istimewa, nasi arab kambing (4 ekor). Disusli pula dengan 3 biji kek sambutan hari kemerdekaan Malaysia. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=535366370267967&id=100013838265762   Ustaz Fizal dengan periuk nasi arab Kek sempena sambutan merdeka Kek buah-buahan itu yang paling cepat habis.   Kek dihadiahkan oleh Rayhar

Umrah sunat selepas haji

Image
29-08-18 Rabu Hari ke 42 kembara haji. Sudah terlalu hampir masa untuk kembali ke tanah air. Hari ini hari umrah terakhir. Tak ramai yang ke Tanaim hari ini. Setelah kembali dari Tanaim, kami ke hotel dulu untuk mengalas perut. 930am ke masjid untuk tawaf dan saei. Oleh kerana batuk masih belum reda, kami memutuskan untuk menggunakan skuter. Sejak musim haji ini, kami belum lagi menaiki skuter ini. Mungkin disebabkan bayaran yang agak tinggi, hanya Jemaah Malaysia yang ramai mencuba skuter ini. Aku memandu sementara suamiku membaca doa-doa untuk setiap pusingan. Bila tawaf dengan skuter, kita harus menjaga bahu kiri supaya sentiasa bersudut tepat dengan Kaabah. Inilah rupanya skuter Sementara menantikan Zohor, aku terus berdoa di penjuru multazam, dari level skuter itu. Terimalah ibadah kami, Ya Allah! Ampunilah dosa kami Kabulkan hajat kami Lembutkan hati kami Supaya sentiasa menjaga iman Supaya sentiasa mencari keredhoanMu Supaya sentias...

Bersiar-siar Mekah

Image
28-08-18 Selasa 1220pm selepas Zohor kami berhajat untuk “melontar”. Mencari kekacang dan coklat di Ajyad. Kemudian ke Safwah untuk mencari buah tangan, keychain yang jumpa. Cuba tengok jubah yang sesuai, tapi tidak bertemu yang berkenan. Solat Asar kami di Abraj Mall. Kemudian kami melencong ke Abraj Hypermarket. Mencari manisan, halwa dan kekacang lagi. Kami hanya ketemu “sandwich” di Abraj Hypermarket ini, sekadar SR5 kurang pengisiannya. Penat berjalan dan memilih barangan, batuk juga belum berkurang. Abraj Tower dari jalan menuju Aziziyah

Melawat sekitar Mekah

Image
27-08-18 Isnin Hari ke 40 kembara hajiku. Tinggal 5 hari berbaki di tanah suci. Jemaah antarabangsa juga sudah makin berkurang. 630am Pihak Rayhar bawa melawat sekitar Mekah. Tapak rumah Nabi di Marwah. 3 pesanan penting; cintakan Nabi, cintakan keluarga Nabi, cintakan alQuran. Jabal Qubaish atau Jabal Al-Amin digelar bukit pemegang amanah, Hajarul aswad diletakkan di atas bukit itu semasa banjur besar Nabi Nuh. Begitu juga dengan kisah saidatina Fatimah menceritakan pesanan bondanya, saidatina Khadijah… ·         Jagalah ayahmu seperti aku menjaganya, ·         Biar banyak memberi, jangan meminta. Ketika melawat masjid Jin, ustaz Rosli bercerita tentang perbezaan sifat manusia dan jin. Sifat manusia pelupa, manakala sifat jin buat jahat. Sejak azali makhlus halus dapat mendengar rahsia langit, turun ke bumi dan memberitahu kepada tukang sihir. Begitulah takdirnya Fira’un sudah tahu dar...

Menikmati nasi arab

Image
26-08-18 Ahad Lambat ke masjid Subuh ini. Tiada lagi laluan yang dibuka. Akhirnya aku solat di tepi pejabat Imam masjid. Rezeki nampak kelibat Imam keluar dan masuk bertugas. MashaAllah! Selama ini, tidak kutahu, di sini rupanya pejabat Imam. Aku tahu di depan sikit tempat jenazah dikumpul dan dibawa masuk untuk solat jenazah. Imam masjidil haram dihormati dan sentiasa dikelilingi pengawal-pengawal. 630am tazkirah di dewan makan selepas sarapan. Tentang kisah Nabi Ismail. Diikuti adik tirinya Nabi Ishak. Dari Nabi Ishak lahirnya Nabi Yaaqub, bermulanya keturunan Bani Israel. Kebanyakan nabi-nabi kerjanya adalah menjadi gembala kambing. Untuk melatih nabi menjadi seorang pemimpin. Sifat kambing sangat degil, perlu kekuatan dan kesabaran. Telaga zamzam ditemui semual di zaman Abdul Mutalib. Abdullah, ayahanda Nabi, seorang yang sangat baik dan kacak. Ramai perempuan yang menawarkan diri untuk menjadi isterinya. Sebelum berkahwin, ada cahaya pada Abdullah. Selepas berkah...

Lega yang tidak dapat digambarkan

Image
25-08-18 sabtu Hari ke 38 dalam kembara hajiku. Hanya beberapa hari saja lagi sebelum berangkat balik ke Malaysia. Letih di Mina masih belum reda. Banyak masa dihabiskan dengan tidur saja. Kupanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas segala urusan and kerja haji yang Allah permudahkan. Allah Maha Baik! Dalam masa berbaki ini, kugunakan untuk membiasakan diri dengan rutin amalan baru yang kupelajari di musim haji ini. Antaranya, baca Quran, zikir mathurat, manzil dan selawat syifa. Dalam bab solat waktu pula, aku cuba amalkan sunat rawatib dan juga sunat awwabin. Aku berfikir, kalau aku tak mulakan sekarang, bila lagi? Setelah pulang ke tanah air, sudah tentu sibuk dengan urusan dunia. Jadi, di tanah suci inilah aku harus mulakan. Pintu Kaabah Dari dalam Hijir Ismail

Meninggalkan Mina

Image
24-08-18 Jumaat Hari ke 37 kembara haji. Seusai Subuh dan bersarapan, 6am kami bergerak untuk melontar hari 13 Zulhijjah. Bersama Ustaz Rosli lagi, kami dibawa ke Ground floor Kompleks Jamrah itu. Suasana lengang kerana ramai yang sudah melakukan Nafar Awal semalam. Dengan itu, selesai sudah rukun dan wajib haji kami. Syukur kepada Allah, semua urusan dipermudahkan. Salah satu Jamrah tempat melontar Selesai melontar Masjid pertama (Aqabah) berhampiran Mekah 730am selesai melontar. Sebagai meraikan penyempurnaan ibadah haji, kami singgah di kedai donut dan pizza. Khuzai belanja pizza. Makan di pintu masuk ke maktab 113. Sebelum makan Pihak Rayhar mulanya bercadang untuk pulang ke Mekah seawal sebelum solat Jumaat. Tetapi kerana hari itu hari Jumaat, Masjidil Haram dijangka akan dipenuhi Jemaah seluruh dunia, buat kali terakhir sebelum pulang ke tanah air masing-masing. Jadinya rancangan pulang awal dibatalkan. Tunggu sehingga sel...

Nafar awal atau nafar thani

Image
23 Ogos 2018 Khamis 12 Zulhijjah Hari ke 36 kembara haji. Sudah hampir selesai ibadah haji. Keadaan di Mina lebih “relaxed” berbanding semalam. Pihak Rayhar tak buat trip bas balik ke Mekah seperti malam tadi. Jadi semua jemaah bermalam di Mina. Dapat pula berkenalan dengan lebih ramai jemaah. Timbul persoalan…mahu Nafar Awal atau Nafar Thani? Untuk yang bernafar awal, hari ni merupakan hari terakhir melontar. Maknanya mereka perlu melontar untuk 12 Zulhijjah seawal lepas Subuh hari ini. Kemudian terus bersiap balik ke Mekah. Kami membuat keputusan untuk bernafar thani, jadinya kami pulang esok selepas solat Jumaat. Tak perlu berkejar nak habiskan melontar, tiada kekangan. Santai-santai saja. Antara Jemaah di khemah Pada sebelah malam, selepas Isya, pihak Rayhar telah mengadakan forum perdana. Tajuknya, bagaimana mengekalkan kemabruran haji setelah pulang ke kampung halaman? ·         Istiqomah dalam amalan (s...

Kembali ke Mekah

Image
22 Ogos 2018 Rabu 11 Zulhijjah (setelah masuk Maghrib). 1130pm kami memilih utk kembali ke Mekah malam itu untuk menyelesaikan tawaf dan saei haji. Kami berkemas-kemas bawa barang-barang yang tidak diperlukan lagi di Mina. Suasana Mina di waktu malam 1230am bas bergerak ke kota Mekah. Kami menaiki bas pertama. Sampai di Mekah setengah jam kemudian. Dalam perjalanan memasuki kota Mekah, dari jauh sudah nampak laser light di atas Abraj clock tower bersinar sepanjang malam. Terang benderang kota Mekah sekitar kaabah meraikan Jemaah haji. Terdapat juga lampu lip-lap yang bergemerlapan pada bangunan sekeliling itu. Diselangi dengan laungan takbir. Allahu akbar!! Bas kami bergerak laju, tiada sekatan jalan, tiada kesesakan trafik, tiada jalan ditutup. 1am kami sampai di Mekah, bas berhenti di dalam terowong, kami berjalan sedikit ke hotel. Mandi dan salin pakaian. Terus berwuduk dan ke Kaabah untuk tawaf. Kami dapat tahu, bas yang bergerak di belakang k...

Bergerak ke Mina

Image
21 Ogos 2018 Selasa 10 Zulhijjah Perjalanan dalam bas, mabit di Muzdalifah. Kami tidak berhenti tetapi lampu dalam bas dipasang menandakan tempat mabit. Bas terus bergerak ke Mina, anggaran dalam 30 minit perjalanan di waktu tidak sesak. Namun sehingga 4am bas kami masih belum boleh masuk ke Mina. Bas yang didepan bas kami, dibenarkan masuk, manakala bas yang di belakang kami (no 26) terus balik ke Mekah. Sudah beberapa kali bas berpusing-pusing mencari jalan masuk, tapi semua sudah ditutup. 5am suamiku mengingatkan buat solat hormat waktu Subuh di dalam bas. 6am akhirnya bas kami sampai ke Mina, dapat parking berdekatan dengan Maktab 113. Sangat dekat dengan kompleks jamrah (lebih kurang 500m). Maktab di sebelah 113, adalah maktab 112 dipenuhi Jemaah TH. Lokasi Maktab 113 berhampiran apartmen di lereng bukit Aku terus membersihkan diri. Tukar pakaian. Tandas di Mina lebih sistematik. Beberapa pintu tandas dibahagikan mengikut keperluan, untuk mand...

Hari wukuf tempat himpunan seluruh jemaah haji

Image
20 Ogos 2018 Isnin 9 Zulhijjah. Wukuf di Arafah. Wukuf inilah haji. Hari ke 33 kembara hajiku. Tidur-tidur ayam. Terlalu kerap terjaga 1230am, 2am, 230am. Jemaah lain sudah bangun dan bermunajat. Ada yang masih baring. Akhirnya aku bangun juga 3am, masuk beratur ke tandas sehingga hampir azan Subuh. Selepas sarapan, kuliah dhuha oleh Ustaz Farid Ravi.  Beliau adalah salah seorang Jemaah Rayhar musim haji ini. Jemaah wanita hanya mendengar kuliahnya dari dalam khemah masing-masing. Antara intipati kuliahnya tentang kelebihan Arafah di mana Allah turun menyambut doa hamba-hambaNya. Arafah juga adalah dataran tempat dihimpunkan segala manusia pada hari kiamat kelak.   Kuliah dhuha Selepas makan tengah hari, UStaz Dzul pula mengetuai zikir munajat. Sampai separuh jalan, speaker mengalami masalah. Jadi Jemaah yang tinggal jauh dari ustaz, hanya mengagak-agak zikir apa yang dibacanya. Seterusnya solat asar berjemaah. Dalam suasana khemah yang panas,...

Bergerak ke Arafah

Image
19 Ogos 2018 Ahad 8 Zulhijjah. Sehari sebelum wukuf. Subuh sebelum berangkat ke Arafah Menjelang Subuh, sepanjang pergi dan balik ke masjid, aku menyaksikan ramai Jemaah yang menunggu bas mahupun teksi untuk bergerak ke Arafah. Bas Rayhar dijadualkan tiba selepas Asar. Nombor tilamku juga sudah diperolehi, 1279. Bagasi untuk ke Arafah Selepas Zohor pula, kami bergegas ke dewan makan untuk makan tengah hari. Rupanya makanan sudah tersedia lebih awal, sejak 1130am lagi. Jadi kami makan saja apa yang masih tinggal. 230pm. Menunggu di bilik. Akhirnya sudah tiba masanya. Saat kemuncak ibadah haji. Yang ditunggu-tunggu. Ada sedih. Ada sayu. Ada keterujaan. Ini yang pertama. Mungkin juga yang terakhir. Buatlah sebaiknya. Hadiahkan kehambaan sepenuh hati. Lahirkan ketaqwaan. Mintalah yang baik-baik. Untuk diri, keluarga dan seluruh umat. Kerisauan meningkat. Tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan di  Arafah nanti. Ra...