Hari-hari terakhir di Mekah
01-09-18 Sabtu
Hari ke 45 kembara haji.
Esok sudah nak bertolak balik ke tanah air.
Entah bila lag iakan ke mari. Terima kasih,
Allah!
Rezekikan aku lagi ke sini.
Selepas Subuh, balik berkemas beg pakaian.
Ustaz kata tunggu di bilik, nanti dia panggil untuk city check-in. Tunggu punya
tunggu, 1115am barulah kami dipanggil untuk menghantar beg ke Mira Ajyad.
Selepas Subuh di Masjidil Haram
Mengumpul bagasi (city check-in)
Selepas Zohor, kami tawaf sunat, mencuba
sebelum tawaf wadak sebenar esok. Merasakan kepanasan selepas Zohor, menguji
ketahanan badan. Selepas Asar, kami singgah makan di Abu Turki.
Nasi arab di restoran Abu Turki
Hidung tersumbat dan selesema. Kepalaku juga teramat
pening, kerana resdung. Semasa makan malam, kami memgucapkan selamat tinggal
kepada para Jemaah yang makan bersama.



Comments
Post a Comment