Bersiar-siar Mekah
28-08-18 Selasa
1220pm selepas Zohor kami berhajat untuk
“melontar”. Mencari kekacang dan coklat di Ajyad. Kemudian ke Safwah untuk
mencari buah tangan, keychain yang jumpa. Cuba tengok jubah yang sesuai, tapi
tidak bertemu yang berkenan.
Solat Asar kami di Abraj Mall. Kemudian kami
melencong ke Abraj Hypermarket. Mencari manisan, halwa dan kekacang lagi. Kami
hanya ketemu “sandwich” di Abraj Hypermarket ini, sekadar SR5 kurang
pengisiannya.
Penat berjalan dan memilih barangan, batuk juga
belum berkurang.
Abraj Tower dari jalan menuju Aziziyah

Comments
Post a Comment