Doaku Ramadhan ini
3 Jun 2018 (17 Ramadhan)
Malam Nuzul Quran....masa untuk berdoa.
1. anak istimewaku
Allah beri ujian punya anak istimewa
Dan Engkau masih menunaikan hajatku untuk menunaikan haji
Sejak awal Ramadhan, anak istimewaku sering menjadi masalah padaku
Serba serbi perlukan bantuan orang lain
Urus dirinya sendiri pun tidak mampu
Apa lagi makan minum
Tidak tahu meminta.
Tidak tahu komplen.
Hanya tunggu orang buatkan untuk dia.
Mungkin kerana bulan puasa ini, makan minum dan tidurnya sangat terganggu kerana mengikut masa kami berpuasa.
Mungkin kerana dia terlalu "boring" tanpa aktiviti.
Sekarang dia tidak ke PDK lagi.
Mungkin kerana aku belum betul-betul menerima kehadirannya dalam hidupku.
Namun begitu, puasa itu tidak wajib untuk dia.
Ujiannya ke atas kita.
Kitalah yang diuji....
Ya, sekarang aku perlu mencari seseorang untuk menjaganya sepeninggalan kami ke Mekah.
Penjaga yang memegang amanah.
Penjaga yang boleh bersabar dengan kelembapannya.
Penjaga yang faham erti OKU.
Bantulah kami, ya Allah!
Temukan kami dengan orang yang sesuai.
2. keluarga
Hanya Engkau tempat kami memohon.
Tiada yang kami sandarkan selain dariMu
Ampunkan segala dosa kami.
Tetapkan iman kami.
Sembuhkan segala penyakit luar dan dalam kami.
Lapangkan rezeki kami.
Bersihkan hati kami, hiasilah dengan sifat terpuji.
Bimbinglah kami untuk kembali kepadaMu, dalam redhoMu.
3. dunia
Sama seperti keluarga.
Cumanya tebarkan kepada semua makhluk Allah di seluruh alam.
4. perjalanan haji
Permudahkan perjalanan pergi dan balik kami.
Permudahkanlah segala urusan haji kami,
Untuk kami yang pergi
Begitu juga untuk yang ditinggalkan.
12 Jun 2018
Hazwan kembali ke Malaysia bercuti (summer holidays), sambil menjaga rumah sepeninggalan kami pergi haji. Amat berbetulan dengan masa kami menunaikan haji. Semoga Allah permudahkan segala urusan.
15 Jun 2018 (1 Syawal)
Hari Raya Puasa.
Selepas Raya Puasa ini barulah aku mahu betul-betul fokus persediaan haji.

Comments
Post a Comment