Bermulanya sebuah perjalanan

21 Mei 2018 415pm (5 Ramadhan)

Aku terima panggilan telefon memaklumkan kami suami isteri mendapat kuota muassasah untuk menunaikan haji. Gembira dan syukur yang tidak terhingga. Merasakan doa kami selama ini didengari Allah.

Maka bermulalah persediaan untuk perjalanan spiritual terpenting dalam hidupku...

22 Mei 2018

1030am Aku ke Tabung Haji KJ untuk ambil Kad Kesihatan.
Tarikh berangkat masih belum ditetapkan.
Pakej mana, jika hendak bertukar ke pakej, bila dah lulus ujian kesihatan, baru difikirkan.

23 Mei 2018

2pm Aku bergegas ke klinik untuk melakukan ujian kesihatan. Alhamdulillah! Lulus.

24 Mei 2018

11am Ke Rayhar untuk bertanyakan masih ada kekosongan lagi tak.
Jawapan mereka, harapan tipis tetapi akan mencuba.


1 Jun 2018 (15 Ramadhan)

Melangsaikan bayaran untuk pakej bersama Rayhar. Sambar aje mana-mana yang masih kosong, asalkan dapat tukar ke pakej.
Berserta dengan itu, segala bagasi pun sudah disediakan untuk pelanggannya. Ini adalah "bag pack" untuk jemaah.




Comments

Popular posts from this blog

Melawat sekitar Mekah

Menikmati nasi arab

Umrah sunat selepas haji