Menukar tarikh penerbangan

25 Jun 2018

Tarikh asal penerbangan yang diberi adalah 9 Ogos hingga 19 Sept. Penerbangan akhirlah.

Tapi aku masih berharap dapat tukarkan ke tarikh yang lebih awal, sebelum Hazwan pulang ke UK. Tarikh dia berangkat ke UK adalah 9 Sept.

Jadi, aku cuba minta Rayhar tanyakan samada sesiapa dalam jemaahnya yg mahu tukar tarikh suka-sama-suka. Pegawai bertugas kata, setakat ini semua Jemaah telah setuju dengan Tarikh yang diberikan kepada mereka tapi dia akan tanyakan lagi. Selang 15 minit kemudian, pegawai Rayhar memaklumkan boleh tukar ke penerbangan awal….19 Jul hingga 3 Sept.

Satu lagi kesyukuran yang tak dapat diucapkan.
Subhanallah! Allah maha mengetahui apa yang terbuku dihatiku. Lalu Allah permudahkan….alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

Melawat sekitar Mekah

Menikmati nasi arab

Umrah sunat selepas haji