Gerhana bulan di Madinah
27 Julai 2018 Jumaat
230am Tahajud, hajat dam tasbih anjuran Rayhar.
Kami berkumpul di dewan makan dan solat berjemaah. Mendayu-dayu doa oleh Ust
Dzul sangat meruntun rasa.
7am taklimat perjalanan umrah ke Mekah.
1120am solat Jumaat di masjid. Ramai jemaah perempuan
ke sana. Khutbah Jumaat dalam Bahasa Arab.
10pm selepas Isyak, ziarah widak Bersama
rombongan Rayhar. Pada malam itu juga telah berlaku gerhana bulan. Di masjid
diadakan program khas sempena gerhana. Sepanjang laluan ziarah widak, terdapat beberapa
kelompok Jemaah yang menunaikan solat sunat gerhana. Sayu mendengar alunan
surah Ar-Rahman dalam solat sunat oleh Imam masjid Nabawi itu.
Langit tatkala gerhana (bulan separuh, baru munculkan dirinya)
Isyak



Comments
Post a Comment