Hari-hari di Madinah
Tenang
dan damai
Hari-hari di Madinah diisikan dengan amalan-amalan biasa
dan juga yang baru dipelajari. Terasa lebih fokus untuk beribadah dalam suasana
yang tenang.
Cumanya, sejak sampai ke Madinah, perut agak berangin sebab
perut terbiar kosong agak lama semasa dalam penerbangan. Kemudian setiap waktu,
dijamu nasi briyani dan nasi arab…tak ada nasi putih! Lauk pauknya pula sarat
dengan rempah ratus yang menggolak isi perut. Susahnya nak simpan wuduk
lama-lama.
Niat iktikaf. Solat tahyatul masjid. Solat dhuha.
Baca quran. Banyakkan selawat.
Baca Al Mathurat. Doa apa saja yang dihajati.
Hanya duduk memerhatikan keindahan senibina masjid.
Selain itu, aku cuba membiasakan diri, bersedia awal sejam
sebelum masuk waktu solat.
Berazam untuk solat Jemaah di setiap waktu.
Banyakkan istighfar.
Panjatkan doa mohon diberi syafaat Nabi.
Ya
Kekasih Allah!
Terima
kasih kerana sampai juga utusan dari Allah kepada kami
Walau
kami tinggal jauh darimu
Walau
kami hadir ke dunia lama selepasmu
Namun
dengan Rahmat Allah juga
Kami
sampai ke sini
Mengharapkan
belas kasihanmu
Mengharapkan
syufaatmu
Kami
rindukanmu…
21
Julai 2018 Sabtu
430am Subuh. Masih pening lalat. Malam tadi tidur 145am.
630am selepas Subuh, kami mencari simkad.
10am Aku ke masjid untuk dhuha.
Selepas makan tengah hari, aku bertanyakan khabar Balqis di
rumah. Kata Niesa, dia baik-baik aje, cuma selalu tunjuk mak dan abah di gambar.
Mak-mak dan bapa saudara yang tinggal berdekatan juga ambil
berat tentang anak-anakku. Terima kasih sekali lagi. Dengan bantuan kalian, kami
terus focus untuk beribadah di sini.
Menunggu
zohor
Payung-payung menjadi pelindung dari panas mentari
Sudah ada H&M dan Starbuck Coffee di tepi Gate 26.








Comments
Post a Comment