Madinah, kota ketenangan


20 Julai 2018 Jumaat

230am waktu Madinah. Mendarat setelah hampir 8 jam dalam penerbangan. Sampai di Madinah airport, pekerja-pekerja Arab di situ mengucapkan “selamat datang” kepada kami dan menyampaikan buah tangan. Sudah pandai berbahasa Melayu! Tiada lagi menunggu Imigresen Saudi…
Kami terus saja menuju ke bas yg menunggu untuk ke hotel masing-masing.

330am azan subuh pertama. 

340am check-in bilik hotel Dallah Taybah. Sesampai di hotel, terus beritahu ahli keluarga sebab dah dapat wifi access. Bergegas pula untuk  ke masjid, untuk solat Subuh berjemaah.

Pesan mutawif…
  • Di bahagian perempuan banyak berlaku kecurian, jangan bawa barang berharga ke masjid
  •  Air zamzam asli di dalam masjid saja, paip di luar bukan air zamzam.

430am solat subuh di Masjid Nabawi. Di subuh Jumaat ini…Teringat kenangan merasai ketenangan Madinah sekali lagi, seperti umrah tahun lepas. Alhamdulillah.

7am selepas breakfast, jemaah dibawa ziarah Nabi.

 Selepas Subuh di masjid

Suasana subuh


Suasana pagi - Ziarah Nabi


Aku memerhatikan waktu makan di Madinah ini.
  •  sarapan lepas Subuh (418am), jadi 515am.
  •  makan tengah hari lepas Zohor (1228pm), jadi 130pm.
  •  makan malam lepas Isyak (841pm), jadi 945pm.



Waktu solat Madinah

1030pm berkumpul dengan jemaah wanita untuk ke Raudhah. Aku masuk melalui Lorong OKU kerana menemankan seorang kakak yang berkerusi roda. Beratur lama di situ menunggu giliran, hampir dua jam. Sambil menunggu, aku berzikir. Pastilah wudukku tak boleh bertahan, tapi selagi ada peluang berdoa, aku terus berdoa.

1230am baru dapat masuk Raudhah. Ditolak kerusi roda ke petak hijau. Kita yang membantu, boleh solat/doa di luar sedikit. Ambil masa lama sikit pun tak apa kerana guard biasanya berlembut dengan orang Malaysia.

Aku dapat mengulang doa sebanyak 3 kali untuk ahli keluarga. Terasa tenang bertemu Rasulullah. Seperti baginda ada di situ, memerhatikan setiap yang datang. Subhanallah!

  Berbaris di laluan untuk OKU


Raudhah dari sudut Lorong OKU

Sekembali ke hotel, sudah 1am. Ketuk pintu bilik, suamiku tidak sedar. Pasti tidur kepenatan. Turun semula ke Reception untuk reset kad kunci pintu.

Satu kumpulan baru sampai, penerbangan XY07B. 10 buah bas. Kesemuanya jemaah Rayhar, satu kapalterbang. Jadi hotel pun dipenuhi ramai dalam masa dua hari saja.

130am tidur dalam ketenangan. Puas hati dapat berbicara dengan kekasih Allah. Menyampaikan segala isi hati.

Tidur-tidur ayam.











Comments

Popular posts from this blog

Melawat sekitar Mekah

Menikmati nasi arab

Umrah sunat selepas haji