Mekah, kami datang
28 Julai 2018 Sabtu
Subuh terakhir di Madinah
Hari ke 10 kembara haji.
Sedih nak meninggalkan Madinah…namun tidak
sabar untuk ke Mekah.
7am kami sudah berada di dalam bas utk bertolak
ke Mekah.
8am bertolak. Bermiqat di Bir Ali. Kata Ustaz,
singgah di amsjid, niat iktikaf. Solat sunat masjid, solat sunat dhuha kemudian
solat sunat ihram. Dapat pahala iktikaf.
12pm singgah di RnR, makan dan solat zohor
jamak dgn asar.
315pm tiba di Mekah. Di Retaj AsSafwah. Transit
u tuk satu tempoh sebelum berpindah ke Hotel Barakah. Hotel yg comel tetapi
disewa sepenuhnya oleh Rayhar. Hotel 3 bintang, 300m dari masjidil haram.
Banyak anak lipas dan pendingin hawa tak berapa kuat.
Catering masakan lauk pauk melayu, makan nasi
putih setelah hampir 10 hari makan nasi arab dan biriyani. Hari ni menu ayam
kicap, sup ayam, ikan masin, sambal belacan. Waduh! Seleranya makan.
Flask di bilik. Air panas ambil di dewan makan.
Lobi di hotel Retaj assafwah (hotel transit)
9pm bersiap utk selesaikan umrah.
12 tgh mlm selesai saei. Sakit kaki dan lutut.
Balik ke hotel, mengurut kaki dgn minyak angin. Alhamdulillah selesai sudah
umrah.
Selesai saie
29 Julai 2018 Sabtu
330am subuh di Masjidil Haraam. Masih pening
lalat. Ada ruang lagi untuk solat di King Abdul Aziz ramp.
5am sarapan pagi ini kami disediakan mihun sup
dengan sambal kicap dan cili. Terasa seperti di tanah air.
Selepas Asar, Jemaah penerbangan XY07B pula
sampai, meriahlah hotel ni.
Sementara itu di Malaysia, kawan anak sulongku, Amna telah
datang bercuti ke Malaysia. Amna bersama adik-adiknya hampir setiap tahun akan
datang bercuti di Malaysia. Mereka sangat sukakan Malaysia kerana makanan dan
banyak tempat menarik.
Anak-anakku mengambil kesempatan bertemu dengan mereka.
Adik-adik Amna juga hamper sebaya dengan anak-anakku yang lain.





Comments
Post a Comment