Melawat sekitar Madinah


22 Julai 2018 Ahad

8am Rombongan Rayhar melawat Masjid Quba dan muziumnya. 13 buah bas diperlukan untuk membawa Jemaah dari dua penerbangan.

Kemudian ke pasar tamar. Masjid Qiblatain.

10am sudah pulang ke hotel. Terasa lapar pulak, suamiku lalu membeli shawarma di kedai depan hotel.

Tekak pula sudah terasa perit. Panas berjalan dalam ziarah Madinah.
5pm Kami ke klinik TH di Hotel Al-Haram untuk mengambil ubat tumit suamiku yang sudah mula pecah. Ramai jemaah TH ditempatkan di sini. Di lobi hotel ini terdapat beberapa kedai menjual tamar dan jubah. Pondok POSLaju pun ada di sini.


Ruang solat wanita








23 Julai 2018

Kota ketenangan ini

Sentiasa mencuit hati

Alhamdulillah!

Aku tidak pernah jemu dengan Madinah

Terus segar dalam ingatan





**********


Aku bergegas untuk ke Raudhah pada sessi pagi, 10am, Waktu itu jemaah wanita dibenarkan masuk ke Raudhah mengikut kumpulan Asia Tenggara. Kebanyakannya Malaysia dan Indonesia. Umumnya Jemaah Asia Tenggara lebih berlemah lembut dan tidak berebut-rebut.


Berbaris untuk ke Raudhah


Comments

Popular posts from this blog

Melawat sekitar Mekah

Menikmati nasi arab

Umrah sunat selepas haji