Parlimen pertama
25 Julai 2018
Melawat Taman Sakifah Bani Saadah.
Di situlah tempat Nabi berehat-rehat.
Di situ jugalah tempat berkumpul para sahabat
dan membincangkan pelbagai masalah negara.
Mengikut cerita ustaz, selepas 7 hari Nabi
gering, baginda dipapah ke Sakifah. Merasakan masa untuk baginda semakin
singkat, baginda betanyakan sesiapa yang pernaj dikasari atau disakiti oleh
baginda. Sila tampil. Maka dari sinilah bermula kisah Ukashah tampil bersemuka
dengan Nabi, yang niat asalnya mahu memeluk tubuh Nabi yang wangi itu.
Di penghujung usia Nabi, timbul kisah Abdullah
bin Saba’ (seorang Yemen yang telah membuat cerita palsu tentang Saidina Abu
Bakr, di mana Saidina Abu Bakr mahu merebut kuasa pemerintahan.
Kisah sebenarnya…
Semasa Nabi gering, muhajirin dan ansarin sudah
mula bergaduh sesama mereka. Nabi langsung menyuruh Saidina Abu Bakr mengambil
alih tempat baginda, bagi menyelamatkan iman mereka. Saidina Abu Bakr mulanya
teragak-agak untuk meninggalkan Nabi. “Aku telah bersamamu sepanjang hidupku,
tak sanggup meninggalkanmu dalam kesakitan.”
Nabi menyuruhnya terus juga pergi untuk menyelamatkan
umatnya, biarkan aku bersama Fatimah dan cucu-cucuku.
Dengan itu, Saidina Abu Bakr pun pergi
mendamaikan muhajirin dan ansarin. Sepeninggalan Saidina Abu Bakr itu, Nabi wafat. Solat terakhir Nabi sebelum wafat adalah
solat dhuha. 12 Rabiul Awal, gerhana bulan.
Ustaz berpesan, janganlah kita tinggalkan solat
dhuha. Sekurang-kurangnya buat 2 rakaat. Biasakan 4 rakaat. Nabi pun masih
solat dhuha di akhir usianya. MashaAllah!
Papan tanda Taman
Kemudian melawat sekitar masjid Nabawi. Hingga
sampai ke pasar tamar. Sangat banyak pilihan di situ, dapat harga murah pula.
Kedai menjual shawarma di depan hotel
Masjid Saidina Abu Bakr
Pasar tamar
26 Julai 2018 Khamis
930am Ke Raudhah lagi, buat kali terakhir
sebelum berangkat ke Mekah. Sabtu sudah nak berangkat ke Mekah.
Hari ini
terasa ramai pula Jemaah, bersesak-sesak di Raudhah.
Di sebelah petang, Rayhar mengajurkan kuliah
ulangkaji umrah sebagai persediaan untuk ke Mekah esok.





Comments
Post a Comment