Penjagaan Balqis

Menjaga Balqis

Antara persediaan paling utama dalam mengerjakan haji ini adalah mencari seorang penjaga untuk Balqis. Dia perlukan perhatian 24 jam sehari. Kakak dan abangnya pasti tak mampu melakukannya tanpa bantuan orang lain. Penjaga ini perlu tinggal sekali, menjaga makan minum dan mengurus diri Balqis. Makan minum disediakan oleh kakak atau abang Balqis yang ada di rumah.


29 Jun 2018 Jumaat

Melalui seorang jururawat yang menjaga ibu saudara, aku diperkenalkan kepada Niesa. Baru tamat nursing school tapi belum dipanggil bekerja.
Setelah menghantar JD (job description) kepadanya, akhirnya dia bersetuju untuk tinggal bersama di rumah kami sepanjang tempoh haji iaitu lebih kurang 50 hari. Aku juga sangat berterima kasih kepada ibubapanya yang memberi izin. Bukan senang nak lepaskan anak bekerja dalam keadaan yang tidak menentu.


15 Julai 2018 Ahad

Kami ke TBS petang itu, menjemput Niesa, yang akan menjaga Balqis. Dia datang lebih awal untuk membiasakan diri dengan rutin menjaga Balqis. Dari makan pakai, urus diri dan aktiviti dalam rumah.

Niesa ni peramah orangnya, banyak sembangnya sambil-sambil makan. Aku suka mendengar macam-macam cerita tentang keluarganya. Walaupun usianya masih awal dua puluhan tetapi dia seorang yang matang.

Balqis juga sukakan dia kerana Niesa rajin melayan makan minum Balqis. Seperti melayan anak kecil juga. Baru sehari dua di sini, Balqis sudah pandai bermanja dengannya.

Terasa amat lega melihat Balqis pun menerima kehadiran Niesa. Semoga Allah permudahkan urusan penjagaan Balqis.



Niesa dan Balqis

Comments

Popular posts from this blog

Melawat sekitar Mekah

Menikmati nasi arab

Umrah sunat selepas haji