Permulaan kembara hajiku


19 Julai 2018 Khamis

Hari ini bermulalah perjalananku.
Ada sedih.
Ada syukur.
Ada “excited”. Looking forward untuk menjadi tetamu Allah.
Ada risau.
Semua emosi bercampur baur.
Selepas Subuh, sudah tinggalkan pesanan-pesanan buat anak-anak dan Niesa. Balqis tidak ikut ke Kompleks TH Sepang, Niesa bersamanya di rumah.

Sudah tentu ada kesedihan mengucapkan selamat tinggal kepada Balqis.


Good Bye, Balqis



Ya Allah!
Aku sangat syukur menerima panggilanMu
Sangat gembira
Tapi aku juga sangat risaukan Balqis
Bagaimana yang menjaganya?
Bagaimana kesihatan dan makan minumnya?
Permudahkan untuk kami yang pergi
Permudahkan untuk mereka yang tinggal
Dengan bantuan ramai sekeliling
Tenangkan hatiku
Kuatkan azamku
Aku bertawakal kepadaMu
Untuk menjaga anak syurgaku



Bergambar sebelum berangkat

130pm bertolak ke Kompleks Haji Sepang. Ambil tag dan dokumen yg lain di kaunter TH dan kemudian kaunter Rayhar. Ramailah ahli keluarga yang menghantar kami ke Kompleks TH. Terima kasih kerana datang!

Pertama kali juga TH menggunakan Hotel Movenpick sebagai terminal haji. Sangat cantik!








5pm Kaunter check-in Imigresen Malaysia. Kemudian terus ke dalam dewan menunggu. Makan ringan dan solat Asar di surau. Taklimat dan bacaan doa.




Dalam shuttle bus ke KLIA

630pm bas ke KLIA. Terus ke pesawat katanya. Polis escort kiri kanan. Terasa mcm VIP! Tak sampai 20 minit, kami sudah sampai di KLIA.

Nombor penerbangan kami adalah Flynas XY06B. Kapalterbang Lion Air model Airbus 330-300.

Penerbangan kali ini membawa jemaah dari beberapa syarikat pakej haji selain Rayhar, antaranya Andalusia dan Juara Travel.

8pm Terus berkumpul di Gate C17. Solat Maghrib dan Isyak. Check-in kaunter Imigresen Saudi dilakukan di situ. Inilah pertama kali dalam sejarah TH menguruskan Saudi Imigresen di KLIA.

Di ruang menunggu, tidak ada makanan atau air disediakan. Botol air mineral yang dibawa tadi sudah di ambil Imigresen Malaysia. Perut berbunyi, sudah hampir 8 jam belum diisi.

1030pm boarded tapi masih menunggu lagi.
1230am baru terbang. Perut dah masuk angin.
2 meals in the flight. Agak lambat hidangan sebab terbang lambat. Hanya makan sandwich yg dibeli Hanis petang tadi sebelum naik bas.



Keadaan dalam pesawat Lion Air

Mereka yang menghantar kami telah mengambil kesempatan untuk melihat sekitar Hotel Movenpick. Memang cantik sangat.


Senibina dalaman Hotel Movenpick




Minum petang bersama Chef Sudirman (kenalan keluarga)


Comments

Popular posts from this blog

Melawat sekitar Mekah

Menikmati nasi arab

Umrah sunat selepas haji