Persediaan untuk kerja haji

30 Jun 2018 (Sabtu)

Hari ini kami mendaftar untuk kursus haji perdana peringkat Negeri Selangor. Acara bermula Sabtu 230pm hingga Ahad 1130am. Kabarnya kursus kali ini menghimpun paling ramai jemaah dari segenap negeri Selangor. Jumlahnya 8000 peserta. Boleh bayangkanlah bagaimana bersesaknya di sekitar kawasan masjid tu.

Pengalaman ini sebenarnya adalah merasai sendiri bagaimana keadaannya bila terlalu ramai manusia dalam satu tempat. Seakan-akan merasai pengalaman Mina.

Makan ala kadar mengalas perut.
Tidur berselerak.
Di tandas berbaris panjang, tak sempat mandi pun. Aku cuba untuk mandi 1230am, masih ramai berbaris!

Kerisauanku meningkat memikirkan macam mana Mina yang sebenar nanti.

Namun banyak perkara yang dipelajari di kursus ini. Bila kita buat praktikal, baru kita betul-betul faham. Sebelum ini, hanya teori saja. Tak cukup melekat dalam kepala.


 Latihan amali tawaf


7 Julai 2018 (Sabtu)

Minggu berikutnya pula, Rayhar mengadakan taklimat untuk para jemaah. Info berkaitan dengan Jemaah Rayhar, cara pengurusan Rayhar.

Tn Hj Harun sendiri turun padang dan memberi penerangan tentang perjalanan haji, terutama tentang persediaan mental untuk “the worst scenario that can happen”. Intipatinya,
  • ·       Berlapang dada dengan apa juga keadaan/kejadian.
  • ·       Terima dengan redho dan syukur.


Favourite phrase Hj Harun….”DON’T BE KHUATIR”. Pasti ada jalan! Tujuannya supaya mindset jemaah sudah betul, tidak mengharapkan layanan macam dunia kita sekarang ini.
Dalam ramai-ramai itu, terjumpa dua orang kawan yang sama-sama mengambil pakej Rayhar juga.

Kesimpulannya, setelah menghadiri kursus haji perdana, kami terasa lebih yakin untuk menunaikan haji. Kursus-kursus haji yang telah kami ikuti sejak 9 tahun yang lepas, ilmu yang dikutip, banyak membantu. Jadi, pada yang belum terima tawaran haji, terus saja pergi ke kursus-kursus bersiri itu. Tak rugi menambah ilmu.

Comments

Popular posts from this blog

Melawat sekitar Mekah

Menikmati nasi arab

Umrah sunat selepas haji