Sambutan 30 tahun perkahwinan



30 Julai 2018 Ahad

Ulangtahun perkahwinan ke 30. Di bumi suci, kota Mekah. Kami memesan kek berharga SR220.

Selepas Isyak, kami bergegas balik untuk makan malam di hotel. Kek sudah tersedia, cekap betul pemuda Makkani ini menunaikan hajat kami. Kek sudah menjadi percuma kerana ada sahabat yang menaja. Terima kasih!



Sangat sedap kek coklat Mekah ni. Dijamu utk semua yg hadir.

30 tahun merupakan satu pencapaian dalam hidupku. Liku-liku kehidupan yang dilalui mengajar kami erti kesabaran, ketabahan dan kesyukuran.

Comments

Popular posts from this blog

Melawat sekitar Mekah

Menikmati nasi arab

Umrah sunat selepas haji