Uhud medan jihad


24 Julai 2018

Hari ini lawatan ke masjid Quba, kemudiannya ke Jabal Uhud.
Peristiwa di Uhud. Kerana diumpan dengan harta tawanan perang, ramai yang tidak mengikut arahan Nabi.

Saidina Hamzah gugur syahid bersama 70 lagi tentera Islam. Maka dikebumikan di sini. Besarnya pengorbanan para sahabat demi menegakkan Islam.

1015am kembali ke hotel dan perut sudah berbunyi. Suamiku membeli shawarma lagi sebagai pengalas perut. Perutku pun sudah kurang berangin. Aku pastikan aku ambil nasi putih lebih banyak dari nasi briyani.

Lepas Maghrib, kami bertemu dgn Ika dan suaminya. Makan soto di Rumah Makan Indonesia. Ika (dua pupu suamiku) dan suaminya (orang Jordan) bertugas di sebuah hospital di Madinah. Ika sebagai jururawat dan suaminya sebagai medical assistant (MA). Kebanyakan masa mereka bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Dari suami Ika, baru kami tahu yang Saudi mengharamkan WhatsApp video. Patutlah sudah beberapa kali kami mencuba, tidak Berjaya. Hanya iPhone FaceTime dan FB Messenger dibenarkan. Jadi kami memutuskan untuk menggunakan FB Messenger.









Di Malaysia, Hanis dan Niesa bertungkus lumus nak potong kuku Balqis. Dia memang takut kukunya dipotong terutama kalau orang baru dikenalinya. Trauma semasa di PDK dulu masih ada lagi. Paginya, dia ikut membeli barangan rumah di Mydin USJ.

Comments

Popular posts from this blog

Melawat sekitar Mekah

Menikmati nasi arab

Umrah sunat selepas haji