Aktiviti di Mekah


Sangat menyeronokkan. 

Boleh fokus beribadah.
Terasa kasih sayang Allah.
Terasa rahmat Allah. Terima kasih kerana memberi peluang untukku menjadi tetamuMu.

Hari-hari berikutnya diisi dgn pelbagai amalan. Masih membiasakan diri dengan suasana beramal, berzikir, solat sunat. Buku Yasin Rayhar menjadi teman sepanjang masa.

Jangan tidur selepas Subuh, selepas Asar.
Baca Al Quran.
Banyakkan zikir. Tasbih, selawat, istighfar.
Banyakkan sedekah.
Kurangkan tidur. Kurangkan makan.
Sebelum subuh, solat tahajud, solat taubat kemudian solat hajat.
Banyakkan juga solat sunat seperti sunat witir, sunat Rawatib, sunat Awwabin.

Satu jam sebelum masuk waktu sudah bersiap ke masjid.
Berduyun-duyun bergerak ke masjid, berlumba-lumba untuk mendapatkan tempat terbaik di masjid.

Ada hari-hari yg terlalu panas aku tak ke masjid. Menapak dlm panas menyakitkan juga. Walaupun begitu, peluh tidak mengeluarkan bau yang kurang enak.

Selepas Asar, ada kuliah tentang Sejarah Mekah disampaikan oleh Ustaz Rosli. Antara intipatinya:

Jabal Qubaish adalah bukit pertama dijadikan Allah.
Kaabah adalah tapak pertama dijadikan Allah di Tanah Haram. Bila kita nak memasuki Tanah Haram, kita hendaklah berihram sebagai adab masuk ke Tanah Haram.

Asal tapak Kaabah itu adalah Baitul Makmur. Masa peristiwa banjir Nabi Nuh, Allah angkat Baitul Makmur ke langit. Menjadi tempat para malaikat tawaf.
Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah untuk membina Kaabah. Batu yang terakhir adalah Hajarul Aswad, diletakkan atas Jabal Qubaish.

Mengikut sisi Timur Kaabah, sejajar dengan sisi Timur ini adalah Hajarul Aswad, Bukit Safa, Jabal Qubaish, Mina, Arafah dan Qarnul Manazil.
Mina adalah tempat ujian terhebat di dunia ini.
Mengikut sisi Utara Kaabah, kedudukannya sejajar dengan rumah kelahiran Nabi (dijadikan perpustakaan sekarang), Jabal Nuur (Gua Hira’).
Mengikut sisi Hijr Ismail pula, adalah Madinah.

Hotel Hilton sekarang adalah tapak rumah Saidina Abu Bakr.
Kompleks tandas dan wuduk di Marwah pula adalah tapak rumah
Abu Jahal.
Sementara tapak rumah Nabi dan Siti Khadijah di depan BabusSalam itu, sudah tiada apa-apa binaan lagi.




Tandas dan wuduk di Marwah



Yang paling menggembirakan kami ialah apabila mengambil kain dari penyidai. Dalam cuaca yang panas kering itu, kain baju cepat kering.






Menyidai kain, kering rangup selepas dua jam saja




Comments

Popular posts from this blog

Melawat sekitar Mekah

Menikmati nasi arab

Umrah sunat selepas haji