Bergerak ke Mina
21 Ogos 2018 Selasa
10 Zulhijjah
Perjalanan dalam bas, mabit di Muzdalifah. Kami
tidak berhenti tetapi lampu dalam bas dipasang menandakan tempat mabit. Bas
terus bergerak ke Mina, anggaran dalam 30 minit perjalanan di waktu tidak
sesak. Namun sehingga 4am bas kami masih belum boleh masuk ke Mina. Bas yang
didepan bas kami, dibenarkan masuk, manakala bas yang di belakang kami (no 26)
terus balik ke Mekah.
Sudah beberapa kali bas berpusing-pusing
mencari jalan masuk, tapi semua sudah ditutup. 5am suamiku mengingatkan buat solat
hormat waktu Subuh di dalam bas.
6am akhirnya bas kami sampai ke Mina, dapat
parking berdekatan dengan Maktab 113. Sangat dekat dengan kompleks jamrah
(lebih kurang 500m). Maktab di sebelah 113, adalah maktab 112 dipenuhi Jemaah
TH.
Lokasi Maktab 113 berhampiran apartmen di lereng bukit
Aku terus membersihkan diri. Tukar pakaian.
Tandas di Mina lebih sistematik. Beberapa pintu
tandas dibahagikan mengikut keperluan, untuk mandi, untuk hajat besar, untuk hajat
kecil. Di masa ramai, Panjang beratur itu masih juga 30 minit. Oleh kerana, 50%
Jemaah Rayhar sudah ke Mekah, keadaan tandas agak lega berbanding di Arafah.
Keadaan khemah juga hampir sama dengan di Arafah. Khemah tempat tidurku sedikit
koyak disebabkan ribut pasir semalam, segera dibaiki.
Koyak!
Solat subuh qadha, kemudian solat dhuha. Aku terlelap
sementara menantikan waktu melontar.
11am kami keluar untuk pergi melontar, waktu
dhuha waktu yang afdal. Kumpulan kami diketuai oleh Ustaz Firdaus. Berjalan
kaki untuk 500 meter, sangat panas, hingga ke ubun-ubun. Bila memasuki komplek
Jamrah itu, barulah lega kerana sudah redup berbumbung. Kami menaiki escalator
ke tingkat paling atas. Di situ tidak ramai Jemaah.
Selesai melontar Jamratul Aqabah
Balik dari melontar itu, terasa sangat dahaga.
Entah berapa kotak air yang diteguk menghilangkan dahaga.
Selesai melontar (dalam panas terik)
Di Mina ini, aku dapat ramai kenal baru. Banyak
pula masa bersembang dalam menjalin ukhwah, sampai terlupa / kurang amalkan
zikir dan membaca al Quran. Aku menawarkan diri memasang tali ampaian. Begitu
juga dengan power extension untuk caj telefon bimbit. Tanpa power extension
agak sukar nak caj kerana hanya ada satu point di satu sudut khemah itu.
Makanan di sini pula disediakan oleh Saudi
menggunakan rempah ratus nusantara. Sedap aje padaku, terutama sup daging dan
tomyam. Suamiku pula, tak lalu makan, seakan loya sepanjang masa di Mina.
Salah satu hidangan
Ada harinya pula, ada Jemaah yang belanja kekacang,
biskut-biskut, roti-roti dan kuih muih. Terasa betul-betul meriah seperti hari
raya, meraikan kegembiraan sudah hampir selesai kerja haji.





Comments
Post a Comment