Bersiap untuk wukuf


18 Ogos 2018 Sabtu

7 zulhijjah. 3 hari lagi – countdown wukuf.

Di masjid, terasa jemaah sudah berkurang. 
Ada yang sudah ke Mina.

Setelah hampir sebulan di sini, baru kami berjumpa tempat solat yg lapang di bahagian King Fahd (extension). Kawasan baru dengan pendingin hawanya baru saja beroperasi.

Sementara menantikan Isya, kami sempat buat panggilan video dengan Bapak dan ahli keluarga yang lain. Di rumah sana sedang diadakan potluck, acara mingguan waktu berkumpul semua adik beradik suamiku.

Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami terserempak dengan Jemaah Malaysia dari pakej lain yang menunggu kenderaan untuk bertolak ke Arafah. Ada juga Jemaah pakej yang terpaksa mencari teksi sendiri untuk ke Arafah. Teksi Arab boleh mencecah SR200 sekali jalan. Aduhai! Masa Jemaah perlukan khidmat, mereka ambil kesempatan pula.


Baju ihram untuk wukuf

Di hotel, sejak semalam aku sudah mula mengumpul barang-barang yang diperlukan untuk ke Arafah. Pihak Rayhar sudah berpesan, bawa bag pack saja. Tak perlu banyak-banyak. Oleh kerana kami memutuskan untuk terus ke Mina, kami sediakan beg bimbit tambahan.

Malam ini tidur tidak lena memikirkan apa yang menanti di Arafah.

Comments

Popular posts from this blog

Melawat sekitar Mekah

Menikmati nasi arab

Umrah sunat selepas haji