Bertemu jiran lama


10 Ogos 2018 Jumaat

Hari ke 23 kembara haji.

Jumaat yang berkat.

Di bumi suci ini, tempat paling makbul doa.
Sakit tekak masih begitu. Susah nak bersuara.
Perut masih berangin. Mungkin disebabkan briyani semalam.

Aku sudah tak takut lagi terbatal wuduk. Sudah banyak kali berlatih berwuduk di dalam telekung.

345am ke masjid, semua berduyun-duyun menuju masjid. Terus ke level Skuter, lapang dan tidak ramai di situ.

Berjumpa dengan Suraya dan Zul, jiran sebelah rumah kami satu masa dulu. Mereka dapat tawaran haji kali kedua selepas hampir 10 tahun.

Kami sarapan di D Saji. Roti canai dan murtabak. Mereka duduk di maktab TH di sebelah King Abdullah Extension. Jauh nak datang ke seberang sini (Ajyad). Seronok dapat bertukar-tukar pengalaman haji.





Sebelum zohor, aku usahakan baca quran, zikir2 dari buku yasin Rayhar, asmaul husna. Lepas asar, bacakan doa2 kiriman kawan2. Tak mampu nak ke Safa/Marwah, dapat buat di bilik pun jadilah. 

1130am suamiku ke masjid untuk solat Jumaat. Tapi jemaah sudah terlalu ramai yang berkumpul di Mekah, hanya solat di depan Retaj AsSafwah saja.

Di Malaysia, penjaga Balqis ambil cuti hujung minggu ni. Hanis menghantar Niesa ke TBS.

Comments

Popular posts from this blog

Melawat sekitar Mekah

Menikmati nasi arab

Umrah sunat selepas haji