Hari wukuf tempat himpunan seluruh jemaah haji
20 Ogos 2018 Isnin
9 Zulhijjah. Wukuf di Arafah. Wukuf inilah
haji.
Hari ke 33 kembara hajiku.
Tidur-tidur ayam.
Terlalu kerap terjaga 1230am, 2am, 230am. Jemaah
lain sudah bangun dan bermunajat. Ada yang masih baring. Akhirnya aku bangun
juga 3am, masuk beratur ke tandas sehingga hampir azan Subuh.
Selepas sarapan, kuliah dhuha oleh Ustaz Farid
Ravi. Beliau adalah salah seorang Jemaah Rayhar musim haji ini. Jemaah wanita
hanya mendengar kuliahnya dari dalam khemah masing-masing. Antara intipati kuliahnya
tentang kelebihan Arafah di mana Allah turun menyambut doa hamba-hambaNya.
Arafah juga adalah dataran tempat dihimpunkan segala manusia pada hari kiamat
kelak.
Kuliah dhuha
Selepas makan tengah hari, UStaz Dzul pula
mengetuai zikir munajat. Sampai separuh jalan, speaker mengalami masalah. Jadi
Jemaah yang tinggal jauh dari ustaz, hanya mengagak-agak zikir apa yang
dibacanya. Seterusnya solat asar berjemaah. Dalam suasana khemah yang panas,
pendingin hawa yang kurang sejuknya, tekakku sudah mula perit. Subhanallah!
Diuji dengan sedikit inipun, aku sudah lemah. Tekak sakit semula dan kepala pula
pening kerana menahan mengantuk.
Selepas Asar itu, ada sessi zikir berjemaah.
Cadangan amalan di Arafah
530pm kami berkumpul dengan pasangan atau ahli
keluarga pula, berdoa Bersama-sama. Waktu mustajab doa, doa yang diangkat ke
langit. Sehingga maghrib. Bacalah segala doa yg ada, meluahkan apa saja hajat
di hati.
Selepas Maghrib dan Isya (dijamak takdim -
tamam), makan malam sudah tersedia. Kemudian kami terus mengemaskan khemah dan
bersiap untuk ke Mina.
Bas pertama yang sampai iaitu bas no 22, sampai
1015pm.
1130pm Bas no 25. Hj Harun dalam bas terakhir,
no 26. Kami menuju Mina, begitu juga bas 26.
Selepas kesemua bas bergerak, bermakna khemah
telah dikosongkan. Penjana kuasa elektrik di Arafah pun ditutup.
Arafah bergelap kembali, sehingga musim haji
tahun depan.
Arafah menguji ketahanan diri – sakit tekak,
panas, kering, tiada elektrik, kurang minum air.
Ini hanya sedikit berbanding
padang Mahsyar kelak. Allahu akbar!


Comments
Post a Comment