Jumaat sebelum wukuf
17 Ogos 2018 Jumaat
Hari ke 30 kembara haji.
4 hari lagi – countdown wukuf.
Untuk solat Subuh di masjid, berebut-rebut ke
rooftop. Kebanyakan Jemaah takut menggunakan escalator masjid itu. Terutama
Jemaah dari Pakistan dan India. Kasihan pun ada, kami bantu setakat yang
terdaya saja.
Hari-hari terakhir sebelum wukuf merupakan
sangat padat dengan Jemaah. Kata suamiku, hari ini jemaah melimpah hingga ke
kaki lima tepi jalan. Atas jalanraya juga dipenuhi jemaah.
Menunggu khutbah (di atas jalan)
Mimbar mudah-alih digunakan ketika khutbah Jumaat
Selepas solat Jumaat, Jemaah wanita membantu
membahagikan sedekah air mineral untuk
Jemaah yang pulang dari solat Jumaat. Sekejap dah habis, ramai yang berebut-rebut,
dalam masa lima minit sudah habis semuanya.
Ramainya berebut air mineral



Comments
Post a Comment