Kecilnya kita


15 Ogos 2018 Rabu

5 hari lagi - Countdown wukuf.

11am sudah pergi ke masjid, level skuter. Cari spot utk berdoa, selari dengan penjuru multazam.

Selepas Zohor, mencari wheelchair untuk diwakafkan, memenuhi pesanan dari kakak ipar dan mak saudaraku. Bayaran perlu dibuat secara tunai, jadi kami terpaksa mencari ATM untuk mengeluarkan wang tunai. Mujur ada staf farmasi yang membantu menunjukkan jalan ke ATM terdekat.

Kemudian kami singgah makan di P3 Abraj Tower untuk makan tengah hari. Sedap betul briyani ikannya. SR35. Sambal makan, kami berkongsi meja dengan satu pasangan suami isteri yang masih muda dari Sydney Australia. Mereka berketurunan Lebanon namun telah menetap di Sydney.

 Nasi arab ikan panggang


Oleh kerana kami tidak sempat nak ke masjid, kami ke Abraj Tower tingkat P10. Ada “prayer hall” untuk wanita di situ, berimamkan imam Masjidil Haram. Ada khilaf dalam bab ini rupanya, ada yang kata tak sah solat begitu, ada juga mengatakan sah.


 Koridor ke dewan solat P10



Kebanyakan jemaah yang solat di sini adalah mereka yang menginap di hotel berhampiran. Mungkin mereka yang berada. Walaupun begitu, ruang solat tetap penuh dengan para Jemaah.

Aku mengambil peluang merakam suasana di sekitar Masjidil Haram dari tingkat 10 Abraj Tower ini. Kelihatannya setiap manusia amat kecil, sebesar semut saja. Begitulah hakikatnya kita ini, hanya sebesar zarah saja.
Bagaimana Allah mentadbirkan segalanya?

Betapa banyaknya bermacam-macam ragam dan bentuk makhluk-makhlukNya.

Subhanallah. Namun Allah itu maha Baik, maha mendengar segala keluhan kita, masih melindungi, masih memberi apa saja keperluan kita….

Terasa amat kerdil diri ini.
Sebesar zarah cuma.
Hanya sebutir debu yang tiada makna apa-apa tanpa kasih sayangNya.
Kenapa harus merasa besar, sombong dan ego?
Siapakah kita dimataNya?

Renunglah ke dalam diri.








Comments

Popular posts from this blog

Melawat sekitar Mekah

Menikmati nasi arab

Umrah sunat selepas haji