Kembali ke Mekah
22 Ogos 2018 Rabu
11 Zulhijjah (setelah masuk Maghrib).
1130pm kami memilih utk kembali ke Mekah malam itu
untuk menyelesaikan tawaf dan saei haji. Kami berkemas-kemas bawa barang-barang
yang tidak diperlukan lagi di Mina.
Suasana Mina di waktu malam
1230am bas bergerak ke kota Mekah. Kami menaiki
bas pertama. Sampai di Mekah setengah jam kemudian.
Dalam perjalanan memasuki kota Mekah, dari jauh
sudah nampak laser light di atas Abraj clock tower bersinar sepanjang malam.
Terang benderang kota Mekah sekitar kaabah
meraikan Jemaah haji. Terdapat juga lampu lip-lap yang bergemerlapan pada
bangunan sekeliling itu. Diselangi dengan laungan takbir. Allahu akbar!!
Bas kami bergerak laju, tiada sekatan jalan,
tiada kesesakan trafik, tiada jalan ditutup. 1am kami sampai di Mekah, bas
berhenti di dalam terowong, kami berjalan sedikit ke hotel. Mandi dan salin
pakaian. Terus berwuduk dan ke Kaabah untuk tawaf.
Kami dapat tahu, bas yang bergerak di belakang
kami, tak dapat masuk Mekah sehingga 6 pagi.
Di dataran Kaabah, tak ramai yang tawaf.
Walaupun mengantuk sudah datang, aku kerahkan juga tenaga.
445am solat subuh dan kemudian menghabiskan
saei lagi dua pusingan.
6am baru balik ke hotel dan tidur.
Alhamdulillah selesai sudah rukun haji kesemuanya.
10am brunch di food court P3 di Abraj tower.
Ini baru betul2 makan hari raya. Nasi arab dan ikan grilled SAR35, kongsi
berdua.
1pm bas untuk ke Mina sampai. Perjalanan tanpa
sekatan jalanraya dan kesesakan trafik hanyalah setengah jam saja.
Mihun sup
Roti canai dengan susu pekat manis
730pm selepas maghrib kami bersiap untuk
melontar hari 11 Zulhijjah. Kali ini diketuai oleh Ustaz Dzul. Berkumandang di
seluruh kompleks Jamrah itu dengan suara nyaring Ustaz dzul bertakbir raya.
Allahuakbar!
1030pm Selesai melontar di ketiga-tiga jamrah.
Bersihkan badan sebelum tidur kerana berpeluh2.



Comments
Post a Comment