Lega yang tidak dapat digambarkan


25-08-18 sabtu

Hari ke 38 dalam kembara hajiku.
Hanya beberapa hari saja lagi sebelum berangkat balik ke Malaysia.

Letih di Mina masih belum reda. Banyak masa dihabiskan dengan tidur saja. Kupanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas segala urusan and kerja haji yang Allah permudahkan. Allah Maha Baik!

Dalam masa berbaki ini, kugunakan untuk membiasakan diri dengan rutin amalan baru yang kupelajari di musim haji ini.
Antaranya, baca Quran, zikir mathurat, manzil dan selawat syifa. Dalam bab solat waktu pula, aku cuba amalkan sunat rawatib dan juga sunat awwabin.

Aku berfikir, kalau aku tak mulakan sekarang, bila lagi? Setelah pulang ke tanah air, sudah tentu sibuk dengan urusan dunia. Jadi, di tanah suci inilah aku harus mulakan.





Pintu Kaabah


Dari dalam Hijir Ismail

Comments

Popular posts from this blog

Melawat sekitar Mekah

Menikmati nasi arab

Umrah sunat selepas haji