Melawat sekitar Mekah
27-08-18 Isnin
Hari ke 40 kembara hajiku. Tinggal 5 hari
berbaki di tanah suci. Jemaah antarabangsa juga sudah makin berkurang.
630am Pihak Rayhar bawa melawat sekitar Mekah.
Tapak rumah Nabi di Marwah.
3 pesanan penting; cintakan Nabi, cintakan
keluarga Nabi, cintakan alQuran.
Jabal Qubaish atau Jabal Al-Amin digelar bukit
pemegang amanah, Hajarul aswad diletakkan di atas bukit itu semasa banjur besar
Nabi Nuh.
Begitu juga dengan kisah saidatina Fatimah
menceritakan pesanan bondanya, saidatina Khadijah…
·
Jagalah ayahmu seperti aku
menjaganya,
·
Biar banyak memberi, jangan
meminta.
Ketika melawat masjid Jin, ustaz Rosli
bercerita tentang perbezaan sifat manusia dan jin. Sifat manusia pelupa,
manakala sifat jin buat jahat. Sejak azali makhlus halus dapat mendengar rahsia
langit, turun ke bumi dan memberitahu kepada tukang sihir. Begitulah takdirnya
Fira’un sudah tahu dari ahli sihir tentang Nabi Musa yang akan meruntuhkan
kerajaannya. Namun selepas kelahiran Nabi Muhammad saw, keadaan berubah. Rahsia
langit sudah tertutup, tidak dapat diintip lagi oleh makhluk halus.
Masjid Jin
Di zaman Nabi, sekumpulan jin minta berjumpa
Nabi. Ini membuktikan kewujudan jin. Nabi ke tempat inilah menjadi pertemuan
dengan bangsa jin itu. Mereka mahu memeluk Islam setelah mendengar tentangnya.
Cara hidupnya seperti manusia. Berkahwin,
bermasyarakat. Siang manusia, malam pula untuk jin. Ada jin yang Islam dan ada
yang tidak. Makanan jin adalah asap dan tulang. Umurnya panjang, beratus tahun,
ada yang sampai satu abad. Oleh kerana sifatnya yang dilihat agak berbeza
dengan manusia, manusia suka minta tolong dengan jin. Itu menyebabkan jin
menjadi sombong dan jahat, merasa dia lebih berkuasa dari manusia. Ini disebut
dalam surah Al Jin, ayat 6.
Ayat pelindung kediaman dari gangguan jin:
Garam. Lada hitam kasar. Gaul. Bacakan surah Al
Baqarah, kemudian taburkan garam dan lada hitam ke seluruh rumah.
Kalau tak mampu baca Al Baqarah, bacakan
ayat-ayat Manzil. Elok juga diamalkan setiap hari.
Tempat terakhir dalam ziarah sekitar Mekah
adalah perkuburan Baqi’. Sangat sistematik.
Perkuburan Mekah (Baqi’)


Comments
Post a Comment