Menanti hari wukuf


12 Ogos 2018 Ahad

1 Zulhijjah, begitulah yang dipaparkan di TV Saudi.
Mengikut kiraanku,  hari ini masih 30 Zulkaedah. Di Malaysia, 1 Zulhijjah jatuh pada hari Isnin 13 Ogos 2018.

Di Malaysia, berikut ini Pengumuman Raya Haji

Jemaah haji sudah bertambah ramai.

Subuh pagi ni, kami merancang ke level Skuter lagi. Tetapi laluan ke level skuter sudah ditutup pagi ini. Jadi kami terpaksa menukar rancangan, bergerak ke arah King Abdul Aziz ramp. Di situ juga sudah berhimpit-himpit.
Mencari tempat baru untuk bersolat.

Walau sudah datang awal pun, masih belum tentu dapat ke tempat solat yang kita sukai.
Menerima ketidaktentuan.
Berlapang dada.
Menerima seadanya.
Di mana saja pun, masih di dalam Masjidil Haram yang mulia.

Begitu juga dengan kehidupan yang kita lalui,
Terkadang aku terlalu banyak merancang,
Hingga lupakan siapa yang sebaik-baik Perancang,
Astaghfirullah!

Solat taubat bila tersedar dari kealpaan diri,
Menerima takdir Tuhan dengan berlapang dada,
Usahakan yang terbaik, selagi ada upaya,
Kemudian, serahkan kepada Allah untuk menilainya,
Di situlah datangnya kekuatan diri,
Tetap meneruskan perjalanan walau apa juga yang mendatang,
Hadapi seadanya sebagai anugerah dariNya,
Untuk menggilap permata yang ada dalam diri.

Lepas maghrib, kami pergi bersolat di kawasan King Abdullah.
Masih dlm pembinaan.
Dari gate 100, terus ke dataran kaabah.



Abraj Tower dari kawasan King Abdullah





Ruang solat yang luas 



Gate 100 yang terus menghubungkan ke Kaabah 



Kesimpulannya, pembangunan di Kawasan King Abdullah ini sangat cantik dan besar. Seperti rumah agam yang dipenuhi hiasan ayat-ayat Al Quran. MashaAllah! Sangat hebat dan “grand”.

Comments

Popular posts from this blog

Melawat sekitar Mekah

Menikmati nasi arab

Umrah sunat selepas haji