Menikmati nasi arab
26-08-18 Ahad
Lambat ke masjid Subuh ini. Tiada lagi laluan
yang dibuka. Akhirnya aku solat di tepi pejabat Imam masjid. Rezeki nampak
kelibat Imam keluar dan masuk bertugas. MashaAllah! Selama ini, tidak kutahu,
di sini rupanya pejabat Imam. Aku tahu di depan sikit tempat jenazah dikumpul
dan dibawa masuk untuk solat jenazah. Imam masjidil haram dihormati dan
sentiasa dikelilingi pengawal-pengawal.
630am tazkirah di dewan makan selepas sarapan.
Tentang kisah Nabi Ismail. Diikuti adik tirinya Nabi Ishak. Dari Nabi Ishak
lahirnya Nabi Yaaqub, bermulanya keturunan Bani Israel.
Kebanyakan nabi-nabi kerjanya adalah menjadi
gembala kambing. Untuk melatih nabi menjadi seorang pemimpin. Sifat kambing
sangat degil, perlu kekuatan dan kesabaran.
Telaga zamzam ditemui semual di zaman Abdul
Mutalib. Abdullah, ayahanda Nabi, seorang yang sangat baik dan kacak. Ramai
perempuan yang menawarkan diri untuk menjadi isterinya. Sebelum berkahwin, ada
cahaya pada Abdullah. Selepas berkahwin, cahaya itu berpindah kepada Aminah,
ibunda Nabi. Ajal muda, tidak sempat menatap bayinya, Muhammad. Aminah pula
wafat semasa umur Nabi 6 tahun.
Sepatutnya Abdullah mengambil alih tempat
sebagai ketua kaumnya. Kerana ajalnya, Abu Talib telah diangkat menjadi ketua
itu.
130pm kami ke kedai nasi arab kabsa hashi di
Aziziyah. Walaupun tekak dah mula perit, aku gagahkan juga. Khuzai dan isteri,
Wan Ros, Fida dan Ariff, Dr Aishah dan Dr Habib (hospital KT), Ustaz Fizal dan
Solah sebagai penunjuk jalan.
Suasana di restoran nasi arab
Menjelang senja, tekakku semakin sakit. Aku ke
klinik TH tapi beratur terlalu Panjang. Suamiku ke masjid sendirian untuk solat
Maghrib. Lepas solat aku bergegas ke klinik lagi. Kali ini doctor beri
antibiotic yang agak kuat. Aku perlu terus berehat.




Comments
Post a Comment