Meninggalkan Mina
24-08-18 Jumaat
Hari ke 37 kembara haji.
Seusai Subuh dan bersarapan, 6am kami bergerak
untuk melontar hari 13 Zulhijjah. Bersama Ustaz Rosli lagi, kami dibawa ke Ground
floor Kompleks Jamrah itu. Suasana lengang kerana ramai yang sudah melakukan
Nafar Awal semalam. Dengan itu, selesai sudah rukun dan wajib haji kami. Syukur
kepada Allah, semua urusan dipermudahkan.
Salah satu Jamrah tempat melontar
Selesai melontar
Masjid pertama (Aqabah) berhampiran Mekah
730am selesai melontar. Sebagai meraikan
penyempurnaan ibadah haji, kami singgah di kedai donut dan pizza. Khuzai
belanja pizza. Makan di pintu masuk ke maktab 113.
Sebelum makan
Pihak Rayhar mulanya bercadang untuk pulang ke
Mekah seawal sebelum solat Jumaat. Tetapi kerana hari itu hari Jumaat, Masjidil
Haram dijangka akan dipenuhi Jemaah seluruh dunia, buat kali terakhir sebelum
pulang ke tanah air masing-masing.
Jadinya rancangan pulang awal dibatalkan.
Tunggu sehingga selepas Zohor baru bergerak balik ke Mekah.
2pm menunggu bas. Berakhirlah ibadah di Mina.
Tempat berkumpul beramai-ramai, penuh kenangan.
330pm sampai di hotel Mekah.
Solat di Masjidil Haram nampaknya lebih cepat,
mungkin nak beri lebih masa kepada yang nak menyelesaikan tawaf.




Comments
Post a Comment