Nafar awal atau nafar thani


23 Ogos 2018 Khamis

12 Zulhijjah

Hari ke 36 kembara haji. Sudah hampir selesai ibadah haji.

Keadaan di Mina lebih “relaxed” berbanding semalam.
Pihak Rayhar tak buat trip bas balik ke Mekah seperti malam tadi. Jadi semua jemaah bermalam di Mina. Dapat pula berkenalan dengan lebih ramai jemaah.
Timbul persoalan…mahu Nafar Awal atau Nafar Thani?

Untuk yang bernafar awal, hari ni merupakan hari terakhir melontar. Maknanya mereka perlu melontar untuk 12 Zulhijjah seawal lepas Subuh hari ini. Kemudian terus bersiap balik ke Mekah.

Kami membuat keputusan untuk bernafar thani, jadinya kami pulang esok selepas solat Jumaat. Tak perlu berkejar nak habiskan melontar, tiada kekangan. Santai-santai saja.




Antara Jemaah di khemah


Pada sebelah malam, selepas Isya, pihak Rayhar telah mengadakan forum perdana. Tajuknya, bagaimana mengekalkan kemabruran haji setelah pulang ke kampung halaman?

·        Istiqomah dalam amalan (seperti mana di tanah suci),
·        Baca al Quran (sebaiknya sebelum Subuh),
·        Hadir di majlis ilmu.

Lihat di sini:  Forum Perdana Mina





Melontar


10pm Selepas forum perdana, kami bersiap-siap untuk melontar 12 Zulhijjah. Kali ini kami diketuai oleh Ustaz Rosli. Balik dari melontar, berpeluh-peluh juga, walaupun di malam hari. Sempat bersihkan diri sebelum tidur.


Comments

Popular posts from this blog

Melawat sekitar Mekah

Menikmati nasi arab

Umrah sunat selepas haji