Panas dan kesihatan



5 Ogos 2018 Ahad

1030am ke klinik TH di hotel berhampiran. Medical assistant (MA) yang merawat hari ni, beri ubat batuk, ubat demam dan lozenges, tanpa antibiotic.

Tak solat ke masjid langsung hari ni sebab sakit tekak dan selesema. Suara tak keluar, nak baca Quran pun tak boleh. Cuba zikir dalam hati.

Suhu di luar semasa Asar 51’C. Paling tinggi setakat ini. Zohor tadi 47’C.


6 Ogos 2018 Isnin

Subuh ke masjid, ke rooftop menaiki escalator. Berebut-rebut dengan ramai Jemaah.

Sepanjang hari berehat saja di bilik. Batuk masih belum berkurang, tekak sentiasa gatal. Suara tak keluar langsung. Cuba ambil ubat-ubatan tambahan dari apa yang diberi oleh klinik TH.


7 Ogos 2018 Selasa

11am ke klinik TH lagi. Doktor yang “attend” beri antibiotic untuk kali ini. Selepas Zohor, sudah berkurang sakit tekakku.

Masa yang terluang itu, aku gunakan untuk mengemas beg untuk berpindah ke hotel lain malam ini.

Kugagahkan juga pergi solat Isyak di masjid. Terasa lama tidak ke masjid, rindu melihat kaabah. Walaupun begitu, perut agak berangin kerana kesan makan antibiotic.


Selepas Isyak, kami berpindah ke hotel Barakah Mawaddah. Bilik hotel ini lebih luas dari di Retaj AsSafwah. Di sini pihak Rayhar sudah mula buat countdown to wukuf. Hari ini 11 hari untuk wukuf.


Berpindah ke Hotel Barakah





Di Malaysia pula, Hazwan telah ke Pulau Perhentian, bercuti dengan kawan-kawannya. 

Hanya tinggal Hanis dan Balqis Bersama Niesa di rumah.











8 Ogos 2018 Rabu

Simkad topup sudah habis. Di sini istilah yang digunakan untuk topup adalah “re-charge”. Selepas Asar, kami berpusing-pusing sekitar Abraj Tower mencari kiosk “mobily”, queue panjang pula, lama kami menunggu di situ sehingga hampir Maghrib.


9 Ogos 2018 Khamis

Lagi 10 hari untuk wukuf.

Subuh di masjid, aku ke tempat biasa (ramp Abdul Aziz gate). Berhimpit-himpit berjemaah hari ni bermakna sudah semakin ramai Jemaah haji yang sampai ke Mekah.


Comments

Popular posts from this blog

Melawat sekitar Mekah

Menikmati nasi arab

Umrah sunat selepas haji