Persiapkan diri dan mental


6 hari lagi, countdown wukuf.

Terasa sekejap saja masa berlalu.
Minggu pertama di Mekah, sambutan ulangtahun perkahwinan. Seumpama berbulan madu setelah sepanjang masa melayan Balqis.

Minggu kedua, sakit mula datang dalam suasana panas yang amat sangat. Batuk dan sakit tekak menyerang. Hidup tiada hentinya dengan ujian fizikal dan emosi.

Minggu ketiga, memulakan persiapan mental dan fizikal untuk berwukuf. Dalam pada itu, aku cuba memperbaiki amal ibadah harian, semoga aku terus istiqomah dalam amalanku sehingga pulang ke tanah air kelak.

Kaabah selepas Isyak

Sehari tidak memandang kaabah, terasa rindu sarat di dada. Selepas menatap kaabah itu, terasa tenang, lega dan sayu.

Subhanallah, itulah aura kaabah, tempat paling suci di muka bumi ini. Terima kasih, Allah!
Engkau memberiku peluang ke sini.

Kuperhatikan semakin ramai Jemaah yang sudah berkumpul di Mekah ini. Ruang solat di Masjidil Haram ini sentiasa penuh, terutama Maghrib dan Isyak. 

Rakaman ramainya manusia...dari level Skuter.



Comments

Popular posts from this blog

Melawat sekitar Mekah

Menikmati nasi arab

Umrah sunat selepas haji