Puasa sunat Zulhijjah


16 Ogos 2018 Khamis

Hari ke 29 kembara hajiku.

4 hari lagi – countdown wukuf.

Kami berpuasa lagi.
245am sahur dengan shawarma yg dibeli semalam.

Selepas Subuh, pihak Rayhar mengadakan taklimat wukuf dan Mina.

Sabtu – hari bertenang.
Ahad – hari tarwiyah.
9 Zuhijjah Isnin – hari Arafah/wukuf.
10 Zulhijjah Selasa – hari Nahar/Qurban.
11 ke 13 Zulhijjah – hari tasyrik.

Masih keliru lagi tentang aktiviti selepas wukuf…adanya kumpulan yang akan bergerak ke Mekah, dan ada yang akan bergerak ke Mina. Dianggarkan 50% dari Jemaah Rayhar akan ke Mekah dan selebihnya ke Mina.

Bagi yang ke Mekah, perlu bersedia untuk banyak berjalan. Bas tak mungkin dapat masuk ke dalam kota hingga ke pintu hotel. Terus tawaf dan saei. Kalau masa mengizinkan, solat hari raya di Masjidil haram.

Kalau ke Mina, terus saja menginap ke khemah yang disediakan. Focus untuk melontar 10 Zulhijjah. Kebetulan pula, melontar kali ini pihak Saudi memberi slot waktu dhuha yang afdal itu.

Jadi kami memilih ke Mina kerana tiada apa-apa kekangan.
Berbuka hari ini, kami telah mengambil makanan tengah hari tadi dari dewan makan. Alhamdulillah, masih elok lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Melawat sekitar Mekah

Menikmati nasi arab

Umrah sunat selepas haji