Semakin ramai
11
Ogos 2018 Sabtu
Hari ke 24 kembara haji.
Subuh di masjid, di level skuter. Somehow, pagi ni buka
pulak laluan tu.
Selesai Subuh, semasa nak keluar masjid, terserempak dengan
Aizah dan suaminya.
630am kuliah oleh Ustaz Rosli.
Suami lambat ke masjid untuk Zohor. Sudah tiada ruang untuk
solat di dalam masjid, akhirnya solat di bilik.
Begitulah manusia.
Terasa lemahnya tubuh kita, baru ujian sedikit bersesak dan panas begitu
sudah tak mampu menghadapinya.
Aku juga hanya bertahan dengan ubat-ubatan.
Aku juga hanya bertahan dengan ubat-ubatan.
Apatah lagi jika di padang Mahsyar itu, di mana teriknya
tidak terkata…matahari hanya sejengkal dari kepala.
Bagaimana, ye?
Allah! Allah! Lindungi kami dari azabMu.
Comments
Post a Comment