Tekak mula sakit


630am Umrah ketiga hari ini, bermiqat di Tana’im. Selesaikan saei sehingga menunggu Asar. Tekak sudah terasa perit. Macam nak sakit tekak.

Makan tengah hari amat menyelerakan kerana ada sambal sotong. Aduhai, walau pun tekak sakit, aku makan juga. Pasti menjadi ubat untuk tekakku…




Selepas Maghrib, kami kembali ke hotel awal sedikit kerana suamiku sudah berjanji untuk urut satu badan. Hanafi, pekerja Indonesia yang berasal dari Lombok, mengambil masa hampir dua jam mengurut suamiku di bilik hotel. Jadi aku yang sudah mula demam, tiada tempat untuk berbaring. 



Suamiku sudah ambil makanan malam, tapi tekakku terasa sakit tak boleh menelan makanan. Aku terus saja makan Panadol dan tidur.



Comments

Popular posts from this blog

Melawat sekitar Mekah

Menikmati nasi arab

Umrah sunat selepas haji