Umrah lagi
2 Ogos 2018
Hari ke 15 kembara haji. Sudah 2 minggu di
sini. Sekejap je masa berlalu.
Umrah bermiqat di Hudaibiyah. Tempat Nabi memeterai
perjanjian dengan kafir Quraisy (penduduk Mekah) sehingga menawan Mekah.
Malangnya, masjid di sini tidak mendapat
pembiayaan kerajaan Saudi, derma utk bangunkan semula.
Sekembali ke Mekah, kami terus menyelesaikan
umrah. Sebelum zohor sudah selesai. Perut berangin juga hari ini, mujur bawa
botol sembur wuduk itu. Itulah kali pertama mengambil wuduk secara air
semburan.
Hari-hari berikutnya, mengajar aku untuk memperbaiki berwuduk di dalam telekung, menggunakan air semburan. Memang tidak sempat untuk mencari tempat wuduk kerana kita akan kehilangan tempat solat yang ada. Sehingga datang yakin berwuduk dengan air yang sedikit itu.
Maghrib ke masjid lagi. Kali ini pintu biasa
sudah ditutup, lalu kami dihalakan ke rooftop. Satu lagi pengalaman baru di rooftop,
tempat yang lapang, tidak ramai Jemaah tetapi bahang matahari masih belum hilang
walaupun sudah menjelang malam.

Comments
Post a Comment