03-09-18 mon Hari ke 47, hari terakhir dalam perjalanan hajiku. 325am Berlepas sudah meninggalkan Jeddah. Penerbangan selama 9 jam terasa sekejap. Mungkin kerana sudah tidak sabar bertemu anak-anak terutama Balqis. 545pm Mendarat di KLIA. Proses yang agak lama mengutip bagasi. 715pm Baru keluar selepas solat Maghrib dulu. Tergamam melihatkan reaksi Balqis apabila melihat Mak dan Abahnya di depan mata. Dari jauh, dia berlari ke arah kami, berhenti berdepan, tapi tak pula dia memeluk Mak atau Abah. Dia seolah-olah mahu bertanya…ke mana Mak dan Abah pergi selama ni? Mungkin itulah caranya menyatakan rindunya. Tiba di KLIA Syukur sudah kembali dengan selamat. Syukur ada anak-anak dan Niesa yang menjaga Balqis semasa kami tiada. Doaku agar hajiku diterima Allah, dalam serba serbi keterbatasanku. Selayaknya aku manusia biasa.
02-09-18 Ahad Hari ke 46 dan terakhir di bumi penuh barakah. Setelah berehat semalam, pagi ini terasa segar walaupun masih batuk-batuk. Sementara menunggu Zohor, kami teruskan dengan tawaf wadak. Doa di setiap pusingan tawaf – 1) zikir dan memuji Allah, 2) selawat, 3) untuk ibubapa, 4) untuk anak-anak, 5) untuk keluarga dan saudara mara, 6) untuk umat Islam dan 7) untuk diri sendiri. Selesai tawaf wadak Setelah selesai tawaf selamat tinggal, kami terus bergegas pulang ke hotel. 430pm sudah menunggu di lobi, menanti bas sampai. Sheikh maktab memeriksa passport setiap seorang, hingga selesai. Pesanan dari Ustaz Rayhar, teruskan amalan-amalan setelah bergelar haji dan hajah. Kerana akhlak kita diperhatikan. Muhasabah diri. Doa supaya dijemput lagi ke sini, doakan juga sanak saudara supaya dijemput ke sini. Penat beratur 12am kami di lapangan terbang Jeddah, beratur untuk pemeriksaan. Setiap Jemaah dihadiahkan dengan sebuah alQuran dari pihak kerajaan ...
29-08-18 Rabu Hari ke 42 kembara haji. Sudah terlalu hampir masa untuk kembali ke tanah air. Hari ini hari umrah terakhir. Tak ramai yang ke Tanaim hari ini. Setelah kembali dari Tanaim, kami ke hotel dulu untuk mengalas perut. 930am ke masjid untuk tawaf dan saei. Oleh kerana batuk masih belum reda, kami memutuskan untuk menggunakan skuter. Sejak musim haji ini, kami belum lagi menaiki skuter ini. Mungkin disebabkan bayaran yang agak tinggi, hanya Jemaah Malaysia yang ramai mencuba skuter ini. Aku memandu sementara suamiku membaca doa-doa untuk setiap pusingan. Bila tawaf dengan skuter, kita harus menjaga bahu kiri supaya sentiasa bersudut tepat dengan Kaabah. Inilah rupanya skuter Sementara menantikan Zohor, aku terus berdoa di penjuru multazam, dari level skuter itu. Terimalah ibadah kami, Ya Allah! Ampunilah dosa kami Kabulkan hajat kami Lembutkan hati kami Supaya sentiasa menjaga iman Supaya sentiasa mencari keredhoanMu Supaya sentias...
Comments
Post a Comment