Hari kelahiran anak istimewaku
13 Ogos 2018 Isnin
7 hari lagi, countdown wukuf.
Puasa sunat Zulhijjah. Mahu merasai puasa di Mekah.
Sunat yang amat diberatkan selepas puasa Ramadhan.
Sahur maggi mee, roti cicah serunding. Milo
panas. Multivitamin.
Zohor di masjid. Level mataf – level 1. Masih banyak
ruang solat lagi. Sambil menunggu Asar, aku teruskan berdoa sehingga Asar,
kemudian berpindah ke Bukit Safa. Berdoa lagi. Untung berpuasa ini, aku tidak
sibukkan untuk makan. Syukur sangat dapat berpuasa di tanan suci.
Doaku untuk anak istimewaku…
Hari ini hari lahirnya yang ke 19.
Supaya dia boleh urus diri sendiri,
Supaya sentiasa sihat,
Supaya sentiasa mendengar kata dan tidak
menyusahkan orang yang menjaganya,
Supaya dia dikelilingi orang-orang yang
penyabar dan penyayang,
Supaya Allah berikan kasih sayang dan belas
kasihan kepada sesiapa yang menjaganya,
Pembawa rahmat untuk keluarga kami,
Peringatan dari Allah untuk kami.
Doaku untuk anak-anak yang lain…
Supaya sentiasa dalam iman dan taqwa,
Supaya sembuh dari segala macam penyakit,
Supaya ditemukan jodoh yang beriman, sekufu dan
membahagiakan,
Supaya tabah dan sabar dalam mengharungi
kehidupan,
Supaya dipermudahkan segala urusan dalam
mencapai impian.
Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami singgah
ke kedai, mencari za’afaran (saffron). Ada beberapa jenis za’afaran ni, yang
mahal dan kualiti lebih baik adalah yang dari Sepanyol. Harga sebotol SR10
hingga ke SR25.
Inilah rupa beberapa jenama yang ditemui

Comments
Post a Comment